Saturday, December 03, 2011

Hantu Bloody Mary


haxims.blogspot.com

Heyo.
Entri ni saya jumpa dekat sini. Serious susah giler nak translate kan entri ni, asalnya bahasa indonesia. Tapi demi readers and followers yang lebih memahami bahasa melayu, saya cuba sedaya upaya untuk men-translatekan menjadi bahasa Melayu. Entri ni memang panjang, tapi bacalah sampai habis yer :) Enjoy yourself ;)
AMARAN KERAS!

korang jangan takut untuk baca entri ni sebab kalau korang takut, saya pun takut :D Okay gurau gurau, jangan takut untuk baca sebab entri ni entri bermaklumat. Pengetahuan am yang mesti korang tahu ;)


Lagenda Bloody Mary:
Menurut sumber, Bloody Mary berasal dari Amerika. Bermula apabila seorang wanita bernama Mary Whirnington yang disangka telah meninggal dunia. Terdapat juga beberapa sumber mengatakan bahawa Mary dibunuh dengan kejam oleh kekasihnya. Sesetengah orang mengatakan bahawa Mary seorang PENYIHIR! Mary terperangkap di dalam cermin (macam mana boleh masuk dalam cermin tu ek? hehe O.o) sehingga dia tak boleh keluar. Dia boleh keluar kalau ada seseorang yang boleh membuka jalannya. Namun, tiada sesiapa yang mampu untuk membuka jalan tersebut. Oleh sebab terlalu lama terperangkap di dalam cermin, jiwanya menjadi marah, hampa dan dia boleh melakukan apa sahaja di luar batasan kemanusiaan. 

Mary Whirnington atau Mary Tudor, merupakan 'Queen of England' (tadi kata Amerika , hmm), dia juga merupakan anak kepada King Henry the 8th and Catherine of Aragon. Dikatakan, ketika dia menjadi 'Queen of England' dia telah membunuh seramai 100 protestan (atau dalam bahasa melayu pembantah). Oleh sebab itu, dia digelar ' BLOODY MARY

Kisah-kisah berkaitan Bloody Mary:
CERITA PERTAMA:

Ada seorang budak bernama Mary, dia dilanggar gan (tak tahu maksud dia). Kemudian dia koma, semasa di hospital, doktor memberitahu bahawa Mary telah meninggal. Padahal, dia cuma koma. Memandangkan doktor memberitahu bahawa dia sudah meninggal, dia dikuburkan HIDUP HIDUP! Sesetengah sumber mengatakan bahawa setiap malam, akan ada suara teriak dari kubur itu. Suara itu datang dari Mary yang masih HIDUP! Namun, sesetengah orang tak percaya. Jadi akhirnya, Mary meninggal di dalam kubur itu. APA KAITAN CERITA INI DENGAN CERMIN? hermm, pelik betul.. Langsung tak ada kaitan pun dengan cermin, takpe takpe, korang layan dulu sampai habis yea ;)

CERITA KEDUA:

Pada suatu hari, ada seorang perempuan bernama Mary tinggal di puri (tak tahu maksud dia) bersama saudara tiri perempuan dan kekasih saudara tiri dia ni. Nak dijadikan cerita, Mary dengan saudara tiri dia ni saling membenci. Lalu, Mary nyrui (tak tahu maksud, tapi mungkin bermaksud curi) cincin kawin saudara tiri dia ni, sah sah lah saudara tiri dia tu marah! Lalu saudara tiri Mary menyuruh pengawal keselamatan untuk mencari Mary. Selepas ditangkap, dia dibawa ke istana kekasih saudara tiri dia ni. Memandangkan mereka berada di tempat berapi, lalu saudara tirinya mengambil kembali cincinnya dan membakar Mary hidup hidup!

haxims.blogspot.com

Haa, korang nak tahu cara panggil Bloody Mary ni? Kalau nak tahu, baca sampai habis. Korang kena baca dulu kisah benar mengenai 'Pemanggilan Hantu Bloody Mary' ni, baru korang tahu akibat sebenar bila buat benda benda ni .

KISAH BENAR MENGENAI PEMANGGILAN BLOODY MARY:
#Sebenarnya cerita dia dalam bahasa inggeris, tapi saya translate yea, untuk korang semua ^_^#
begini ceritanya...

Ini adalah cerita benar mengenai Bloody Mary yang terjadi kepada aku. Satu malam, ketika ibubapa aku tiada di rumah, abang aku mencabar aku untuk membuat ritual Bloody Mary dan memanggil semangat dia (Bloody Mary). Aku tak percaya langsung tentang benda ni, jadi aku berani untuk mencubanya kerana menjangkakan ianya akan menjadi sesuatu yang boleh dijadikan bahan ketawa. Lalu aku pergi ke bilik air, aku tutup semua lampu, dan pusing sekeliling bilik air sebanyak tujuh kali. Di setiap pusingan, aku akan menyebut nama Bloody Mary. Kemudian, aku berhenti di hadapan cermin dan memandang cermin tersebut. Aku tunggu dalam keadaan senyap dan berharap sesuatu akan berlaku.

Aku rasa macam nak lari keluar apabila aku dengar ada suara perempuan menyanyi dari cermin tu. Perlahan lahan aku pusing untuk menghadap cermin tu dan saya nampak dia! Dia berambut panjang berwarna coklat gelap yang telah direndam di dalam darah. Lehernya kelihatan seperti telah dikelar tekaknya. Aku menjerit! Apabila abang aku mengetuk dan mencuba membuka pintu yang telah aku kunci, dia marah. Dia tersenyum tapi kemudian dia memasamkan muka dan menampar/mencakar dibahagian kanan pipi aku. Aku merasakan kuku dia sangat tajam dan aku terjatuh ke lantai. Kepala aku terhantuk ke tab mandi dan aku tak sedarkan diri.

Bila aku terjaga, aku berada di hospital dengan balutan penuh di bahagian kanan muka aku. Abang aku membisik meminta maaf kepada aku dan aku tidak mengerti. Ibubapa aku juga ada di situ. Sebaik sahaja aku membuka mata, mereka segera bergegas ke sisi aku. Aku mendapati bahawa abang aku memberitahu mereka bahawa salah seekor kucing aku telah mencakar aku dan aku telah jatuh. Mereka mempercayai kami.

Pada malam hari yang sama, kami mendapat panggilan daripada makcik kami. Beliau memberitahu bahawa pakcik kami telah meninggal dunia pada masa yang sama saya dicakar/ditampar! Aku tahu bahawa ia merupakan satu kebetulan yang sanga dahsyat. Tapi aku mempercayai bahawa Bloody Mary telah membunuh pak cik kesayangan aku. Setiap cerita yang aku baca mengatakan bahawa dia akan membunuh aku bukan orang kesayangan aku. Aku tak peduli tentang cerita cerita itu. Aku yakin dia membunuh pakcik aku!

Kejadian itu telah lama berlalu. Namun sampai sekarang aku tak boleh menggunakan mata kanan aku. Wajah aku rosak teruk dan tak boleh disembuhkan. Jadi, jangan ada yang cuba cuba untuk memanggil Bloody Mary.

TAMMAT.
Kalau korang nak baca version bahasa inggeris, ermmm, alamak, dah lupe ambik kat mana, hehe :D alaa.. cari je kat Google, ada tu. Kalau nak baca lagi banyak pasal Bloody Mary, boleh cari dekat sini atau di Google :)


Sekarang, saya akan bagitahu macam mana nak memanggil Bloody Mary. Tetapi, korang dah baca kan cerita tadi, jadi JANGAN SESEKALI MENCUBA INI!!!!! please.

  1. Pergi ke bilik mandi/tandas.
  2. Tutup semua lampu
  3. Buka air gan (mungkin air paip kot..)
  4. Sebut nama 'Bloody Mary' sebanyak tiga kali.
  5. Kemudian, tutup mata. Pandang ke cermin korang, tengok apa yang ada.
  6. Kalau gagal, cuba pusing pusing dalam bilik air (3 kali, dalam bulatan) dan repeat step 4 sampai 5.
Haa.. Itulah cara caranya. Saya ulang yer. JANGAN SESEKALI MENCUBA INI!! saya tak akan bertanggungjawab kalau ada apa apa yang terjadi kepada anda. Saya cuma berkongsi. Harap maklum. Kalau nak senang, tengok video dibawah ni.



PENGALAMAN SAYA SEMASA MENULIS ENTRI INI!

Ecehh, dah ada kisah benar itu ini, saya pun nak cerita jugak pengalaman saya menulis entri ini. Saya mengambil masa hampir sejam setengah untuk menulis entri ini! Bermula dari 11.30 malam sampai ke 1.00 pagi. Memang sangat letih men-translatekan dari bahasa indonesia, bahasa inggeris ke bahasa melayu. Jadi, macam macam yang saya dapat semasa menulis entri ini. Semasa menulis entri ini, ketika menulis perkataan 'Bloody Mary' hati saya akan rasa macam takut dan bulu roma saya meremang. Ketika menulis entri ini juga, saya sering memikirkan "Wujud ke Bloody Mary ni?" tanpa henti. Lalu, ketika men-translatekan kisah benar tentang Bloody Mary ni dari bahasa inggeris ke bahasa melayu, mouse saya tidak berfungsi! Apabila right click, mouse tidak berfungsi! Bukannya saya disable right click, tapi entahlah. Memang sentiasa seramlah masa tulis entri ni! 

Haa, tu pengalaman saya. Pengalaman korang? Macam mana? Best? Seram? Haa.. Kalau nak share, share jelah. Tapi kalau boleh please kreditlah sebab penat traslate ni. Okay? Thanks! Enjoy kay?
Kbai.

Credits: here and here and google translate.

10 comments:

thslnc said...

seram la muka dia tu. Hahaha.
Nice story :D

Muhd Fadlin said...

Thessa: haha, tu gambar kat google jer :D thanks :)

Yacemin's said...

haha...wujud ke tak mnde nie...
ley try kat umh 9ty..hihixx

Muhd Fadlin said...

Yasmin Jamaludin:
err, beraninya awak.. saya yang buat entri tu pun naik seram tau -.-

thslnc said...

Muka dia tu lawa la :D
betul tak ?
Hahaha.

Mirip setansetan di Indonesia.
>> Kuntilanak.

Ain Nurfatehah said...

Assalamualaikum Fadlin.

Saye amik video awak ye~ Saye dah credit. nahh, entry yang saye buat :))http://sofiesecret.blogspot.com/2011/12/ergh-seramnyee-nampak-bloody-mary.html

tQ!

Muhd Fadlin said...

THESSA : HAHA, kalau tak salah di Malaysia dia panggil Pontianak , maybe.
Izz_Zaty: waalaikumsalam. okay okay :) hehe , thanks for reading yea :)

Aisya Zulkefle said...

saya lagi seram sebab saya yang baca.grrr~ nice entri!=)and blog ni cool sangat!

Saya baik -..- said...

saya kan power, sy tak takut. oke, tipu. haha, nice entry anywy

FannieMouse said...

Assalamualaikum. Saya share entry awak ni yee. Saya dah credit. Ni blog saya : http://inibelogiwaniruzilan.blogspot.com/2012/06/apabila-hantu-menjadi-cerita.html