Saturday, December 17, 2011

Today : Tukar Template !



Assalamualaikum and Heyo.
HAHA, tak sampai sebulan dah nak tukar template lagi. Ish ish ish, apa nak jadi ni :D
Okay, sekarang nak citer pasal template baru ni. Template ni merupakan template IZZATI :)
Saya ambik masa lebih 8 jam nak edit balik sume template ni. Perggh, lama kann?
Nak tahu kenapa lama sangat? Jom baca entri ni sampai habis, MUAHAHA :D

HEADER
Haha, nampak header tu? Header gif tu. HAHA, serious ni first time buat header gif tau. Maybe korang tak caya tapi memang tulah hakikatnya. Saya biasa tengok tutorial header gif, saya paham cara buat dia, tapi malas nak buat. Tapi, template ni paling special sebab saya guna header gif yang saya buat sendiri guna Photoscape :) Maybe buruk, memang buruk pun kann? Tak transparent lak tu. Yelah, selama saya berblogging ni, saya bergantung pada Photoscape ngan Pixlr jer tau. Tapi takpe, lepas ni saya tukar ler.

NAVIGATION
Navigation? Apa kena mengena pulak dengan navigation lak ni? HAHA, cuba korang tengok, asalnya navigation dia kat mana? Nak tahu kat mana? Preview dekat SINI. Haa, tahu dah kat mana? Saya adjust adjust kod tu sampai dia ada kat atas sidebar. Yelah, saya ni mana geti sangat nak adjust adjust code code ni, tu ambik masa lama giler tuh.

SIDEBAR
Haa, kalau korang preview balik, asalnya template ni, sidebar dia bukan melekat macam sekarang ni. Sidebar dia lain. Then, saya memang dah terpikir dari awal lagi nak buat sidebar melekat ni tapi tak tahu macam mana -____- Then, saya tengok dekat kod sidebar tu, ada perkataan "position" tu. Asalnya absolute. Saya ubah jadi @#$%* . HAHA, jadi apa ? Nak tahu? Nanti saya ajar ler. Lepas tu, nak adjust sidebar ni ke atas, ke bawah then nak letak Older Post dekat bawah bahagian credits tu lagi. Memang ambik masa betul lah.

SHOUTBOX
Haa, korang nak tahu saya guna shoutbox jenis apa? Saya guna shoutbox yang INI. Korang tahu tak macam mana nak buat tu? Tahu daftar je? Tak geti nak adjust dah? HAHA, nanti saya ajar, insyaAllah. Actually, tak nak guna pun yang jenis ni, sebab memang dah give up dah masa nak pasang dekat blog. Sebabnya, nampak buruk! Tapi, pikir pikir balik, pakai jelah dulu. Kalau okay nanti, teruskan. Kalau nak tukar nanti, tukar jelah.

BLOCKQUOTE
Okay, blockquote pun saya ubah. Walaupun saya masih sayang blockquote jenis yang sebelum ni, tapi saya tukar jugak demi kesesuaian dan keselesaan blog. Nak tahu mana saya dapat kod blockquote ni?

Thanks to AKAK UNA untuk kod blockquote yang ohsem ni (!) Suka suka suka!

Haa, saya dapat dari blog Akak Una. Saya berkenan tengok rupa dia :D  Korang visit tau blog Akak Una, dia ada banyak tutorial and freebies yang serious ohsem giler! Visit her okay :)

BACKGROUND
Background pulak, sama jer dengan yang sebelum ni punya. Still space background. Tapi saya multiple colour using Photoscape :) Jangan pulak ada yang cakap saya cilok orang punyalah, open page source orang ni lah tu lah. Suka hati je mulut cakap an? Penampar nak? HAHA, gurau gurau. Saya tak maksudkan korang, tapi adalah orang tu. Siapa makan cili terasa pedasnya kann?

Haa, tulah cerita pasal template baru ni. Serious letih giler edit template ni. Korang boleh bezakan antara yang ASAL dengan yang saya edit ni :D Tahulah kalau korang edit lagi lawa kan :)
Tapi saya still tak puas hati jugak. Saya rasa saya tak puas hati dekat header tu kot.
Takpe takpe, nanti saya buat header lainlah. Okay, rasanya tu jer kot.
Kbai.

Nak download photoshop tapi malas, nak download tapi takut, nak download tapi...

2 comments:

amirahyusoff said...

smart kut yg baru ni :)

+ Vg-Jrcc said...

cantek la Fadlin :D like like xD