Wednesday, June 28, 2017

Ainul Mardhiah


Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!

Last post 1 Mac, lamanya tak main blog ni. dah berkarat dah nak main coding coding, nak tengok tutorial, banyak blog yang dah tutup, blog blog yang selalu aku ziarah dulu banyak dah takde haih sedihnya hahaha. anyway, selamat hari raya semua, harini dah 4 syawal, puasa sunat enam hari jangan lupa! Tadi aku ada baca satu artikel ni tentang Ainul Mardhiah.. kita semua tahu siapa itu Ainul Mardhiah kan? btw, artikel ni aku baca dekat sini. So aku nak kongsikan sikit dari artikel tu.

Siapakah Ainul Mardhiah?

Ainul Mardhiah dari segi bahasa bermaksud mata yang diredhai yakni bererti setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhaan di hati. SubhanAllah dari segi maksud pun dah sejuk kan baca.. Diceritakan Ainul Mardhiah ini bidadari paling cantik dan sedang menantikan suaminya di syurga iaitu para solihin di dunia. Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Allah ciptakan untuk sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Allah [sumber]. Aku sebenarnya takut nak berkongsi bab bab agama ni sebab takut sumber tak sahih, unless aku betul yakin sahih baru confident nak share.

Usaha untuk ke syurga

Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, semua kita berimpian mahu masuk ke syurga. Namun kita selalu terfikir, “layakkah aku?”. Sedangkan jauh di sudut hati, kita amat takutkan azab api neraka. Insya-Allah dengan rahmat-Nya, pasti kita akan dapat masuk ke syurga. Sambil itu teruskan berbuat yang Allah suruh dan meninggalkan yang dilarang serta jangan berhenti untuk berdoa dan meminta yang terbaik untuk diri, ahli keluarga dan semua orang. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Impian takkan dapat jika sekadar menjadi mimpi. Antara usaha yang dilakukan untuk terus istiqamah dalam menjadi hamba-Nya yang taat selain memelihara ibadah dan hubungan dengan Allah adalah menjaga juga hubungan dengan manusia dan makhluk lain. 

Suka saya nak tekankan bahawa penulis artikel ini menyatakan supaya kita menjaga hubungan dengan manusia dan juga makhluk lain. Makhluk lain yang dimaksudkan itu termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga alam sekeliling kita. Bermaksud di sini, sungguh kita tak suka kucing ke arnab ke, janganlah sampai memaki hamun binatang tersebut. Sungguh tak suka lalang lalang yang tinggi tumbuh tu, janganlah dicaci, buang elok elok. Tak perlu pun kata kata kesat ni kan kan kan.

Bagaimana jika seseorang perempuan mahu masuk ke syurga?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat akan suaminya, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat Ahmad)
Jelas di sini untuk memperoleh syurga Allah, seorang wanita itu harus menjaga ibadahnya dan taat pada suaminya (selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan ajaran islam). Ada harinya mungkin kita penat, rasa marah ataupun sedih, namun dengan istighfar dan bersederhana serta memperbaiki amalan, insya-Allah kita akan lebih tenang dan dipermudahkan. Yakinlah, dalam setiap ujian, pasti akan ada jalan.

Okay jadi secara ringkasnya, antara perkara utama yang perlu para wanita amalkan dan ingat untuk menjadi seorang yang solehah dan insyaAllah mendapat ganjaran syurga ialah;
  1. Solat lima waktu
  2. Berpuasa di bulan Ramadan
  3. Memelihara maruah
  4. Taat akan suami
Wallahua'lam. Siapa kita untuk tentukan pahala dosa orang, syurga neraka orang kan? :)


Dan lelaki yang bagaimana akan masuk ke syurga?

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar,

dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa,

dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab: ayat 35)

Secara ringkasnya, ayat ini bermaksud, jika seseorang (lelaki dan perempuan) itu bertingkah sedemikian, insyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar yakni keampunan serta syurga.
  1. Islam
  2. Beriman
  3. Taat
  4. Benar
  5. Sabar
  6. Merendah diri kepada Allah
  7. Suka bersedekah
  8. Berpuasa
  9. Memelihara kehormatannya
  10. Banyak menyebut nama Allah
Sebagai khalifah (pemimpin) di atas muka bumi ini, tanggungjawab lelaki bukanlah kecil, namun berbekalkan sifat amanah, ikhlas dan taat kepada Allah, pastinya banyak perkara yang dapat dicapai sama ada kejayaan di dunia mahupun di akhirat sana. Jadi buatlah perkara yang disukai Allah.

Ayuh kawan

Tiada apa yang mustahil jika Allah sudah berkehendakkan. Kita masuk ke syurga pun atas rahmat Dia. Jadi janganlah putus asa. Tidak ada sebab untuk kita berhenti berharap. Namun, usaha dan doa haruslah seiring. Jika kita sedar kita ada kekurangan, jangan takut untuk terus membuat penambahbaikan. Kemaafan Tuhan tidak sama dengan kemaafan insan. Jadi jangan risau jika dosa sebesar lautan, Dia tetap akan ampunkan. Namun risaulah jika kita tidak mendapat hidayah untuk berdoa dan berusaha menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.

Untuk lelaki, teruslah berjuang menjadi pahlawan menuju ke syurga Allah. Dan untuk semua wanita, selamat berjuang dalam usaha menjadi Ainul Mardhiah! Insya-Allah. Jom terus berbuat kebaikan!
“Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik r.a: Ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW : Bilakah kiamat itu tiba? Rasulullah bersabda: Apa yang telah kamu persiapkan untuk itu. Lelaki itu menjawab: Cinta Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah menjawab: Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.” (Hadis Riwayat Muslim, No. 4775)

Sebab itu pentingnya untuk ada sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, pentingnya ada sahabat yang akan bersama sama berjuang dengan kita untuk mendapatkan syurga Allah. masih mencari huhuhu.

Harap bermanfaat. Selamat hari raya aidilfitri! Mohon maaf andai ada salah silap :)
.fad 

Wednesday, March 01, 2017

Dengarkan aku


Salam kepada seluruh penduduk alam semesta! (acah giant)
Oh last update bulan Oktober 2016 ek, so selamat tahun baru! hahaha harini masuklah hari pertama untuk bulan Mac, dan terus terang, setiap tahun, bulan Mac ialah bulan yang paling aku nanti nantikan. banyak benda yang menarik berlaku bila masuk Mac ni. Tapi, tahun ni lain. Hati aku, tawar..

Hahahaha apahal ni en haa haa..

Pernah tak, korang kenal dengan someone, rapat, buat benda semua sekali, papehal dia tu jelah member yang kau cari, suddenly one day dia berubah. mungkin sebab dah bosan dengan kau dia mula jauhkan diri, dan kau semakin dilupakan. Hahaha mesti pernah rasa kan. cuma, aku tak faham aturan Tuhan. tak tipu memang selalu aku persoalkan. kenapa mesti aku? kenapa aku yang kena rasa ditinggalkan ni sejak kecik lagi? dosa mana aku buat sampai hati aku dicincang lumat dari kecik tapi tak lali lali dengan rasa pedih ni? dan aku, tak tipu jugak. yelah, bila hati dah sakit, kepala dah serabut, iman memang berbolak balik. tambah lagi bila kena rasa semua ni sendiri.. yelah member yang kau share share cerita cerita selalu tu dah pergi kan, dengan sape lagi kau nak mengadu. ye, aku mengadu pada Tuhan. saat diri ni membuak rasa marah tu, ya Allah.. Allah jelah tahu apa yang riuh sesak dalam hati aku. aku pelik gak, kenapa angkara satu manusia, kita jadi.. lost. sedi memang sedih, tak tipu, tapi kena gak la kuatkan..

It's not that i don't want to be in a group or making friends, but i lost myself. i was very cheerful back then, till i lose people and then i became so introvert.. then after some time, i'm back. then i lose people again, i became my introvert self then time heals me. i admit that i'm kind of different, i talk nonsense, boring and weird. but i can blend in if people welcome me. i always need support, but then i learnt then to hope for people is either to kill yourself or heal yourself.



betul kata kau mir, hati manusia ni berubah-ubah. sebab aku terlalu percayakan orang, aku jadi macam ni. hari hari aku soalkan aturan Allah, sampai satu tahap aku rasa seakan-akan ditampar dengan bertambahnya bebanan dan dugaan. Aku tahu, ujian Engkau ini tanda kecintaanMu. aku berserah ya Allah, kalau dulu aku selalu doa supaya orang itu orang ini kekal dalam hidupku, tapi Engkau tetap jauhkan kami, aku doakan agar kami akrab semula, Engkau akrabkan seketika kemudian Engkau renggangkan kami semula. Ya Allah Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Dengan izinMu ya Allah, aku mohon, lindungilah keluargaku, lindungilah sahabat-sahabatku, dan lindungilah saudara-saudara seIslamku. Jauhkan kami dari melakukan maksiat dan kukuhkan iman kami.

Bila berdoa, amalkanlah untuk mendoakan orang lain juga.. sebab, benda baik kita buat insyaAllah baik balasannya. tapi ikhlas tu kenalah ada, jangan harap balasan semata-mata. dan untuk sahabatku yang waktu dulu bagai isi dengan kuku masa sem satu, saat nanti bila kau sesat, jangan kau bimbang aku usung kembali ke sini. saat nanti bila kau rasa sendiri, jangan bimbang aku masih ada di sini. saat nanti bila kau rasa duka yang dalam, jangan sedih aku ada menghulur bahu.. ketahuilah aku tak pernah lari dari sisimu.

haih, walau hati ini hancur remuk berkecai redam pecah berderai sebabkan orang, aku pilih untuk diam. dari aku bicara, dan bawa sengketa, baik aku diam dan telan semua. semoga kita semua kuat dan sentiasa kuat untuk orang yang kita sayangi. hari berganti hari, aku cuba untuk menjadi yang lebih baik, lebih matang, tapi sering dipijak kebawah. ye, memang aku hamba yang penuh dengan dosa, dan aku tak pelik kenapa semua ini terjadi. sebab aku tau, memang di dunia ni lah tempatnya untuk merasa lelah, letih, penat, perit dan segala, kerna nanti, yang kekal abadi hanyalah di sana.



hahahah bongok ah petang petang gini nak emo en. takdelah kadang kita simpan simpan simpan mana tahan, ada had ada limit, so kadang kadang kenalah gak luahkan apa yang tersimpan ni.. cuma tak tahu kat mana je hahaha kay adios amigos bolos!

Take care,

final mula 7 mac, doakan ye :)
.fad

Tuesday, October 25, 2016

Jangan terlalu ikut perasaan


Salam kepada seluruh penduduk Bumi! (acah raksasa)
Haha mood elok sikit sebab tengah hujan, lepastu baru lepas drive. Tak tahulah but aku rasa macam aahh.... kalau drive dalam hujan. rasa macam entah rasa lega camtu rasa macam kentut kau tahan tiga minggu akhirnya akur untuk menonjolkan dirinya. Tapi tadi jalan takde ah teroxx sangat jam tu best, aku ni jenis rabun malam so bila hujan tu entah nampak entah tidak tapi still, drive dalam hujan best!

Jangan terlalu ikut perasaan!
Entri kali ni lebih kepada, pengawalan emosi ye anak-anak. Normal kalau dalam sehari tu ada je benda yang buat kita rasa tak senang, sebab kita semua ada perasaan. Lainlah kalau emotionless, bosan hidup gitu huhuhu. Kadang tu kita tengah duduk tenang tenang dengar lagu, tengok drama, secara tiba tiba tanpa diduga mak kau suruh kau keluar beli santan dengan suara yang memang sangat memerlukan santan! situasi menjadi tegang apabila kau membalas "alaah mak ni haish.." lepastu mak kau pun kata "copeklah ha! kang hangit ayam tu!". Ada dua pilihan, sama ada kau pergi beli atau tak. Katakan kau pergi beli, kau tetap gak dengan mulut tu nak ngomel sana ngomel sini hahahaha. kalau kau tak nak pergi beli, sama ada kau akan diam je buat tak dengar je atau pun kau melawan. jangan, jangan dilawan, jangan nak ngomel kuat kuat sebab apa, sebab kau tu macamlah selama ni function sangat kan sampai baru disuruh sikit dah acah primadona tengah panas bising sana bising sini ergh. Fikir, sebelum kita lafazkan any words, fikir apa akan jadi kalau kita cakap macam ni, apa jadi kalau cakap macam tu. Sebab apa, sebab menyesal tu ialah satu perasaan yang bagi aku memang untuk orang yang tamak tapi rugi ah, macam aku. dan semua. kenapa tercetusnya perasaan menyesal ni, tak lain sebab dari rasa tamak dan ego yang menggelegak-legak dalam halaman hati diri sendiri yang hanya mementingkan diri semata-mata.

Contoh, rasa tamak ni bukan bila takat makan je, contohnya macam tadi tulah. kau refuse apa yang mak kau suruh sebab kau dah khayal dah syok sangat tengok mv takpun anime, ataupun kau memang tengah malas gila. Malas tapi tak buat apa mak suruh pun dikira tamak gak, tamakkan kesenangan. kau nak kau je senang, padahal mak kau berkeringat masak tu ha, untuk bagi kau kenyang jugak. pls jangan selfish bila dengan family, takyah nak berkira sangat, dengan siapa lagi kau nak curahkan kasih sayang dan bakti kau, setakat beli santan je pun. Sebelum nak lawan apa mak cakap tu, ingatlah yang lidah tiga inci boleh membunuh manusia tinggi enam inci. Ngomel-ngomel tu biasalah, tapi kawallah, diam je, walau malas macam mana pun, walau geram, walau penat, walau marah macam mana sekali pun, diam je. Apalah sakit pendam rasa geram tu compare dengan sakit nak keluarkan kau dari perut, bela kau, cari duit nak bagi kau sedap nyonyot susu.


Berdiam itu lebih baik!
Ayat ni mungkin klise dan bila kau baca pun kau mungkin tak ada rasa apa apa. Selalu kan dengar orang kata "better keep then tell" tak pun "if you tell how do you feel no one would really care" takpun tweet yang saing saing gitu la. Sebenarnya point dia, bukan orang tu tak kisah ke apa, kadang benda kita luah tu, kita tak sedar yang orang tu pun terluka sebab dengar benda kita luah tu. Contoh, kau luah kat orang tu kau rasa macam dipergunakan lah kau ni dicari bila time susah lah apa lah bla bla bla weh kau sedar tak amende kau buat? Kau sesuka tuli je cakap, kau pikir tak orang tu rasa macam mana? Lepastu kau expect a response, takpun kau expect orang tu akan apologize, memang tak ah. Ingat pls, semua benda berlaku ada sebab. Memanglah kau pun rasa sakit sebab rasa macam kena ignore neglected semua, but tak bermakna kau boleh hempas pam! centu je dekat orang tu. katakan kau dah cakap benda benda kau geram semua, okay then now what? kau expect orang tu akan rapat dengan kau balik lalu kalian pun menjalani kisah bahagia bersama-sama like wth? Even if it did happen, the feelings would never be the same. Apa main point aku kat sini, meluahkan dekat orang tu bukanlah cara yang bernas dan bijak, tapi nampak macam desperate sikit ah. Boleh kalau kau nak luahkan but pls not in an emotional way, or not with tears and hingus pls. Dalam masa gelak-gelak gurau-gurau tu ha apa lagi kau baling ah satu! "Hahahahha yelah aku pun sekarang gi kebun jalan sorang je" walaupun nampak macam tak masuk kan, tapi benda tak masuk ni orang akan ingat tau, sebab statement kau tu macam takde kena mengena. Lepastu dia akan pikir tau tau tau. dia akan pikir pikir pikir dan dia akan paham gak. Kalau tak jadi jugak! kau ws dia "rindu" gitu ha konpom dapat maki sekali hahaha maki tu kan tanda sayang lol. Takpun jadi macam aku, tulis je segala kat blog, lepastu bukak tumblr reblog gambar gambar  hahhaha. After all, jalan yang paling tough and what most people with high-level-sabr do is, diam. Sebab dia tahu yang Allah tahu apa dia rasa. dan apa dia rasa tu pun dia tahu Allah yang bagi. mungkin sebab sebelum sebelum ni kita pun ada gak ignore kengkawan tapi kita tak sedar sebab kawan tu pun diam je. Even some may say that communication won't pop out that way, but you know the best. Lain orang lain cara dia handle kan. Cuma ingatlah kuasa Allah tu tiada tandingannya.

Sacrifice yourself. selalu kan dengar "pelangi muncul selepas hujan lebat" hm teringat drive dalam hujan tadi lol kay. Tak salah pendam and doa, sebab bila kita pendam tu, rasa sakit kan. tapi bila sekali bahagia tu datang peh masyaAllah rasa berbaloi rasa bersyukur sangat kau berada dalam situasi sakitnya pendam rasa sebelum tu. Saat bahagia tu datang, sambutlah dengan sederhana, sebab duka pasti tiba selepas bahagia. so takyah nak over sangat. takde benda yang kekal. nothing lasts forever gitu. Aku ni pun kadang memang tersetan sana sini tapi normal lah kan, semua macam tu, kadang bila suka sangat ha bantai nasi 3 pinggan gunung kinabalu. hahahaha tapi lepastu istighfar lah, cepatlah sedar balik yang bahagia tu pun tak kekal lama. Kita sama-sama ubah diri jadi lagi baik ye hm ustard ustard angat.

Aku cuma share pandangan aku or apa yang aku rasa, if kau rasa kau ada pendapat lain komen je takdehal lah 8)

Di sini ada hadis sikit tentang sabar;

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, “…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.”
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; “Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut”.
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya.
[Hadis Riwayat Muslim]

Source

P/S: Result final haritu dah keluar grr sem depan nak study awal! (mungkin pembohongan)
.fad