Yo yo yo! Assalamualaikum and haaaii!
Hahahahahha okay pelik gila tetibe nak menaip balik kat blog, yelah dah berhabuk teruk dah blog ni. So my last post was on June 28, 2017! Weh dah dua tahun siot tak update?! Apa dah jadi hahahaha so to my fans (acah) don't worry, alhamdulillah I'm still breathing and sihat walafiat. So perhaps, this post is to recap back what has happened when I went missing. Aaaaaaaaaaaaaa I must say that I miss blogging so so so much! Tapi tulah, malas... and ada beberapa komitmen lain hm. So let's start!
2018
January
Alhamdulillah I finished my internship for diploma! Meaning that, itulah pengakhiran hidup diploma aku for two and a half years. Yes! I did my Diploma in Science dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk dua tahun setengah! So nak recap sikit time internship. I did my internship at INBIOSIS UKM. INBIOSIS ni stands for Institut Biologi Sistem, or in omputeh orang panggil Institute of Systems Biology. Aaaaaa serious rindu. Rindu makanan-makanan yang ada kat Bangi tuuu :( and of course, rindu suasana lab situ. I had gained so many experiences, and skills dekat sini! So junior-junior yang tengah cari tempat internship, bolehlah try dekat INBIOSIS ni! But during that time, aku sewa rumah and tak apply kolej situ. Plus aku bawak kereta, so takde issue sangat lah. And sini internship tak bergaji yeee.. Sebab aku intern under researcher. Maybe tengok researcher jugak kot, maybe ada yang akan bagi.
Gambar-gambar yang lain dah hilang, hard disk buat hal. Paling best bab makan ah hahahahah sebab UKM ada berbelas kolej tak silap, so kau boleh tukar tukar tempat makan, and Nasi Manggey jugaklah tempat yang paling kerap dikunjungi :') Nasi Manggey ni serious dekat gila dengan UKM, kalau dah keluar UKM tu dalam 3 ke 4 minit camtu boleh sampai dah. So that was how my first month of 2018 ended. Let's go to the next chapter!
February
I BEGIN MY DEGREE LIFE. Hahahaha can you imagine, tak sampai sebulan habis intern dah sambung degree terus?! Alhamdulillah, Allah permudahkan dan percepatkan urusan hidup. Ada beberapa isu tapi alhamdulillah dapat settle. Aaaaannnndddd... here is the interesting part! I choose to pursue Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian, at UPSI too! I have to admit, it's hard to start over and have to make new friends, plus batch diploma aku, aku sorang je yang pursue Psikologi, yang lain still sayang science world dorang. But, psychology pun is science jugak kbye hahahaha :P and barulah aku tahu senior blogger kita Zharif Azis pun study psychology dekat UPSI jugak... So he was my senior, but tak pernah bertegur pun sebab yelah dia famous kot and busy, aku ni erm busy menyumbat perut je k. Aku pernah gak gi tengok teater lakonan Zharif ni, memang padu beb. Tak ingat la tajuk apa, tapi dia bawak watak as Indian guy, and accent India dia, fuh mantop! Mahsuri kot tak silap tajuk teater tu. Salute for you bro! (in case la kan dia baca hahahaha). Oh btw I skipped orientation week untuk February intake sebab masuk lambat lol. Well, here I am, staying in UPSI for the next 4 years pulak hehe. UPSI best okay, walaupun awal awal rasa macam dah bosan but, lama lama rasa macam home dah Tanjong Malim ni.
November
Uish laju sangat fast forward ni hahahha takde apa sangat pun dalam tempoh ni. Even aku tak pergi orientasi degree, aku join jadi rakan suai kenal (RSK) untuk new intake students hahahaha and I gained so many new experiences as well! Yelah sebab masa diploma jenis yang 3K (kuliah, kolej, kafe) je. So dah masuk degree ni memang nak aktif la niatnya. I learnt how to deal with pegawai, I learnt so many procedures, memang serious penat gila la. Masa tu jadi RSK untuk intake September, and during that time UPSI ambik intake terbanyak dalam sejarah pengambilan pelajar UPSI hahahah nak cecah 3000 orang masa tu fuh senak woi! Then jadi rakan PESKON (Pesta Konvokesyen) pulak. Haaaaa ni pun best jugak ni. Sebab aku jadi AJK untuk PESKON 20, at the same time..... aku konvo jugak! hahahahaha memang buat hal betul. But alhamdulillah, sebab aku konvo sehari je kan, jadi PESKON ni 2 minggu bekerja :') So aku cuti masa hari aku konvo tu jelah. Gambar konvo boleh tengok dekat IG eh hahahah malas nak upload sini. Oh aku konvo untuk diploma aku tau time ni.
Feeling masa convo memang best. Dapat jumpa balik dengan member member lama after a year. Haih, entah bila dapat jumpa dorang balik. Oh and, ingat eh, masa convocation day tu PRIORITIZE YOUR PARENTS dulu k. Jangan nak over sangat dengan member member sampai lupa family. This is their day too. They worked hard and raised you sufficiently sampai kau boleh graduate. So please, masa convocation ingat mak ayah, thank them! Bagi dorang pakai jugak jubah konvo kau tu, happykan dorang! (emo jap). Sebab kat twitter masa ni kecoh dengan gambar parents terkontang kanting tak tahu anak pergi mana time convo haih. I miss convocation day, memang best sangat feeling masa naik pentas tu arghhh rindu pulak :')
Oh oh masa ni jugak aku dah semester 2. Memang BUSY GILA sem ni hahahaha sebab aku join RSK and PESKON, then aku jugak secara tak sengaja (eceh) terjoin Persatuan Psikologi kat sini hehehe under Exco Dana dan Keusahawanan. Sekali lagi kawan-kawan, terus terang saya katakan, I learnt a lot of new things! Even dah 3 tahun kat UPSI masa ni, but still banyak benda baru belajar bila join Psychological Students Association sini. Belajar camne nak deal sesama committee, dengan students, dengan lecturer, dengan pegawai-pegawai dekat HEPA, belajar cara-cara nak tempah bilik, buat program, jemput orang luar etc serious banyak lagi but idk why I feel like aku rush sangat nak habiskan type post ni hahahaha. And.. masa sem ni jugak, result aku jatuh sangat... Aku a bit frust ah sebab PNGK ni dahlah payah nak naik, turun laju je. Aku nak dapat first class degree so aku boleh skip bayar PTPTN. Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan yang lain ye :')
2019
May
Takde apa sangat pun hahahaha tapi aku ingat bulan ni sebab time ni bulan puasa.. and aku jadi pengarah program siottt xD untuk program iftar dengan psychology students and lecturer. Again, I gained so much! Handle catering, pinjam instruments, book bilik, mintak sponsor dari MPP semua fuh banyak lagi la and alhamdulillah everything went well!
Now
And now, here I am. Aku rasa, aku dah makin matang kot untuk interact dengan orang(?). But at the same time, aku pun rasa yang aku makin tak matang jugak hahahaha but no worries, I'm happy. I'm truly happy sangat sangat sebab Allah atur cantik perjalanan hidup aku. Alhamdulillah. I met so many people, yang stay ada yang pergi pun ada. Bersyukur sangat ada environment yang supportive and positive, isu isu kecik kecik tu biasalah kan. Tapi makin meningkat usia ni, aku rasa macam isu isu yang timbul ni sebab ketidakmatangan kita sendiri. Ada ke perkataan ketidakmatangan tu hahahaha bantai jelah. Aku ada baca post-post aku yang lama lama, dahsyat kan aku dulu? Kesian gak ah aku kat aku yang dulu but now, aku nak diri aku happy! Apa nak jadi sekeliling jadilah as long as aku happy!
p/s: Result Sem 3 dah keluar haritu, alhamdulillah PNGK naik fuh slow slow kayuh!
Update: Patutlah aku rush sangat nak update post ni, instinct aku betul siot something was going to happen. Laptop aku damage teruk masa type post ni T.T aku type post ni dua minggu lepas. Sekarang baru dapat post sebab baru dapat balik laptop hm..
Anyway that is all for now, see you guys in another post!
.fad
No comments:
Post a Comment