Assalamualaikum...
Hari isnin.. memang letih! pagi tadi, ada perhimpunan.i... kena jaga budak form 1 ALONE! saya ulang ALONE! prefect lain yang jaga Form 1 lelaki entah mana hilangnye! sakitnye hati.. aku manalah boleh jaga budak form 1 sorang-sorang jer.. jadi, pelajar lelaki form 1 tadi memang cukup bising! sampai aku dah tak boleh tahan dah! kejap ada yang nak pergi tandaslah, sakit kaki lah, memekak, kemudian degil! bila orang dah suruh senyap, senyap jelah.. dah kau degil, padan muka kau! kena tengking dengan aku.. korang tahu tak? pagi tuh.. ada sorang budak India, dia asyik bercaaaakap je... jadi, bila aku suruh senyap, dia buat dunno je.. memang sakit lah hati aku kan? jadi aku biarkan dulu... dia bising lagi! aku datang kat dia.. aku berdiri je sebelah dia.. lepas tu ada sorang kawan aku nak tarik dia keluar.. tapi dia tak nak dengar cakap kawan aku tu.. korang tahu dia buat apa kat kawan aku tu? dia pergi tolak kawan aku tu! amboi! ini dah melampau! dah lah junior, nak berlagak senior pulak? sekarang tiba giliran aku pulak nak suruh kau keluar barisan.. jadi, aku suruh lah dia keluar.. dia buat tak tau je.. dia pandang je muka aku.. aku cakap lah "keluar dari barisan, sekarang.." dia geleng sambil buat muka gangster.. sekali aku dah naik hangin! aku tengking lah dia.. aku cakap "KELUAR!!" masa aku tengking tu, semua prefect yang ada kat situ pandang je aku.. malu jugak rasanya.. hahahaha! yelah, diorang mana pernah nampak aku tegur student macam tu! hahahaha! tapi, nasib baik budak tu keluar, kalau tak ... tak sanggup nak cakap!
Okay.. sekarang kita pergi ke waktu petang pula.. waktu petang tak ada pape yang bagi pressure kat aku.. just ada taklimat sikit pasal prefect.. then nak bagitahu ni, hari Jumaat ni, saya akan ada kem kepimpinan! Jumaat, Sabtu dan Ahad.. buat di sekolah.. perghhh... serik! tahun lepas dah kena dah.. tahun ni pun kena jugak! adoyai! okay, forget it!
Jadi, lepas habis taklimat pasal prefect tu, saya balik lah! apa nak tunggu lagi.. tapi aku singgah kat Family Store unutk beli barang-barang penting! haa?? barang-barang penting? hurmm.. tak perlulah korang tahu.. hehehe... jadi, masa tengah bayar tu, aku jumpa kawan lama aku!! memang excited giler dia masa tu! dia okay.. bukan aku! and.. kitorang tegur macam tu jelah.. habis cerita hari ni!
Oh ye! ada lagi satu story.. tapi tak nak lah cerita kat korang sebab nanti memalukan je! cuma aku akan bagi moral daripada cerita tu je. Moralnye ialah, sebagai murid yang menerima ilmu daripada seorang guru, kita hendaklah menghargai guru kita.. bukannya mempersendakan guru kita.. okay.. bye!
From: -Muhd Fadlin-
No comments:
Post a Comment