Sunday, July 31, 2011

Akhirnya Sampai Jugak..

Assalamualaikum...

Akhirnya sampai jugak? apa yang sampai? RAMADHAN la! yeaayyy!! petang Ahad (hari ini) akan diumumkan tarikh mula berpuasa setelah melihat anak bulan.. ermm.. cuba korang hayati lagu Harapan Ramadhan nyanyian kumpulan Raihan tu.. lirik dia kat bawah.. 


Ku mengharapkan Ramadhan 
Kali ini penuh makna 
Agar dapat kulalui 
Dengan sempurna 

Selangkah demi selangkah 
Setahun sudah pun berlalu 
Masa yang pantas berlalu 
Hingga tak terasa ku berada 
Di bulan Ramadhan semula 
Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintahNya 
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri 
Tiada henti-henti 

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja 
Tuhan pimpinlah daku yang lemah 
Mengharungi segalanya dengan sabar 
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan 
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan 

Selangkah demi selangkah... 
Dengan rahmatMu oh Tuhanku... 
Ku tempuh jua

kenapa aku tiba-tiba je suruh korang hayati lagu tu.. hihi.. sebenarnye.. makna lagu tu mendalam sangat.. then aku cuma tak suka bila kat Facebook.. ramai kawan-kawan FB aku buat status guna lirik lagu ni.. so.. aku rasa macam dorang buat status tu saje-saje sebab nak ramai orang like status dia tu.. tu aku geram tu.. tapi tak pelah.. terpulang kat dia lah kan? dah FB dia.. okay.. di kesempatan ini aku nak mengucapkan:

Selamat Berpuasa..

hehehe.. terutamanya kepada semua kawan-kawan aku.. semua followers aku and semua yang visit blog aku! Selamat Berpuasa! kepada kawan-kawan lelaki sekalian, jangan tinggal puasa! lagi satu.. jangan lupa pergi solat terawih... itu yang paling aku suka.. hehehe.. bye!

 

Janganlah kamu berduka semasa di bulan Ramadhan, gembiralah kamu, kerana, orang yang gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, sesungguhnya akan dijauhkan orang itu daripada api neraka jahanam..

From: -Muhd Fadlin's heart and soul

Friday, July 29, 2011

Loneliness :)

Assalamualaikum...

Hari ni.. aku nak ber-speaking sikit.. hihihi.. saje je.. okay.. jom start.. tapi ini macam puisi la.. enjoy your reading!

Lately this loneliness is talking
Invitation of a million loneliness
you draw the verses of the senses
stained by the cries of the heart's instinct
the content of the world could not understand
the nostalgia that is scratching the loneliness
laments of a barren heart

Lonely in the moonlight hidden by the clouds
lonely on a night without stars
lonely in a song without rythm
lonely in the wait that has no one arriving
lonely in all the questions without answers
lonely in everything that is lonely

Loneliness greets
without voice and talk
lonely in everything
laments of the soul of a loner
against the storm of life
disturbing the pools and lakes of the heart
which contaiued to stir and stir
to be approved by anyone
anyone who is capable of understanding



From: -Muhd Fadlin-

Tuesday, July 26, 2011

Back To Normal..

Assalamualaikum...


haishh.. awesome day! hrmm.. nothing much to say.. it was back to the normal and cheerful situation.. YEAY! the problem has been solve! and today.. just wanna tell u all.. today i should go to the library... ermmm.. malaslah nak speaking.. kang aku sorang aje yang paham.. okay..  petang tadi.. sepatutnya.. aku, Alia, Suhaida, Putera pergi library tau.. tapi.. ada timbul satu idea yang saaaaaangat awesome! aku ajak dorang main boling! hehehe... ermm.. sebenarnya aku tak puas hati tau sebab tak dapat main boling dengan 2 Hishamudin hari tu! eeeeee! tu yang aku main hari ni.. hahaha.. ada kaitan ke? ada kot... jadi.. pada permulaan, skor agak awesome la... tapi lepas round ke-5 tu.. aku dah pancit! aku tak tahu nape.. maybe sebab Farish ada kot.. hahaha.. Farish.. aku gurau je.. tapi memang betul pun.. sebab Farish tu kan... eeeee! asal time orang lain nak baling bola je, mesti dia annoying orang tu.. example.. time tu aku nak baling bola tu.. eh baling ke campak? or slide? pape jelah.. msa aku nak baling bola tu, Farish ni pergi kacau.. dia pergi jerit: 'BEARRRR!!' eeeee... sabar jelah... pape pun.. best lah hari ini.. cuma agak tak puas hati sebab Suhaida tak main tadi! dia 3 kali baling je bola tu.. pastu dah.. dia give up... rugilah... tak pelah... btw..  AWESOME!


From: -Muhd Fadlin-

Monday, July 25, 2011

Something About Friend :)

Assalamualaikum...


Hari ini nak cerita sikit pasal kawan and LOVE! ermm.. kalau korang ada mood.. bacalah cerita ni sampai habis ya.. sebab memang banyak bagi pengajaran.. i think so.. before that.. i wanna ask u all.. if u must choose either friends or love.. which one would u like to choose? let u think by using ur soul and brain... okay.. let's begin the story..

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada CINTA, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan kerana ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA.

Tidak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. “KEKAYAAN-KEKAYAAN, tolong aku!” teriak CINTA. “Aduh, maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN, “Perahuku penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi di perahuku ini untukmu.

"CINTA sedih sekali, namun kemudian ia melihat KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. “KEGEMBIRAAN! Tolong aku!”, teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahunya sehingga ia tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

Tak lama kemudian lewatlah KECANTIKAN. ‘KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. “Waaah ! CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini.’ Sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak-esak.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. “Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,’ kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja …” kata KESEDIHAN sambil mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, pengemudi perahu itu menurunkan CINTA dan segera pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar bahawa ia sama sekali tidak tahu siapa yang berada di perahu yang menyelamatkannya itu. CINTA mahu tahu siapa gerangan pengemudi perahu itu, dan ia menanyakanya kepada orang tua di pulau itu. “Oh, pengemudi perahu itu tadi? Dia adalah WAKTU.” Kata orang tua itu. “Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku,” Tanya CINTA heran. “Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari CINTA itu …”

Kemudian pada suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Didalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi dia masih ada bersama kita.

From: -Muhd Fadlin-

Sunday, July 24, 2011

Release Tension!

Assalamualaikum...

Okay.. hari ni.. aku nak share video-video lagu yang aku suka tengok time tension.. tak tahu nape.. bila aku tengok je video-video ni.. otak aku rasa okay la.. hahaha!

Selena Gomez- Who Says

Selena Gomez- A Year Without Rain


Justin Bieber- Baby

and.. the last one is......

Jar Of Hearts- Christina Perri

mesti korang terkejut bila aku letak lagu JB dalam post ni.. hahaha! actually memang betul.. bila aku dengar lagu tu.. macam okay je otak aku ni.. oh ya! ada lagi sebenarnye.. hehehe..

Paramore- The Only Exception

lagi satu! yang ni mostly aku suka!

Mine- Taylor Swift

aku rasa... sampai sini jelah kot.. esok aku update lagi.. Insya-Allah.. bye..

From: -Muhd Fadlin-




Apa Faedahnya Kamu Mencarut?

Assalamualaikum...


Hari ini nak citer sikit pasal mencarut ni.. okay.. let's start.. enjoy your reading.. 

Dan dalam kehidupan kita sekarang, telinga kadang-kala terasa tertusuk dengan mata tajam lembing sakitnya mendengar budak-budak mencarut memekik terlolong mahupun disekolah, di taman-taman permainan, di restoran, di belakang rumah, di jalanan-jalanan pergi sahajalah kemana sahaja, ada saja budak-budak sekolah ni pastinya keluar perkataan 'indah' bagi mereka...

Apa hebatnya dengan menggunakan ayat mencarut dalam setiap perbualan kita ini? sejak bila cikgu-cikgu sekolah ada mengambil kerja dalam pengajaran bahasa mencarut, mana pulak diorang semua ni belajar mencarut... ce pikir ce pikir..

Tak ada dalam dunia ni, tak reti nak mencarut, kadang-kala ia terlepas juga hasil kerana kita juga yang gagal mengawal diri daripada godaan syaitan.. ingat, bahawa syaitan akan menggoda kita sehingga dia mendapat apa yang mereka ingin. mereka akan goda kita, sehingga buatkan kita lupa akan perlunya kita berbuat baik dalam kehidupan ini, mereka menarik kita supaya berbuat jahat dalam kehidupan ini dan dapat menyertai 'perjalanan' mereka ke tempat yang telah dijanjikan oleh-Nya...


"oi P***Mak ! kau pergi mana la tadi S**L !"

"aku pergi kedai la B***h !"

"B***h bukan nak call aku B**i"

kalau dah setiap ayat yang guna penuh dengan bahasa carut dia, itu juga satu doa... kalau kita panggil si kawan tu bodoh, lama-kelamaan korang tengok sendiri apa dia buat bertahun akan datang. Dia jadi seorang yang mampu menghadapi kehidupan ni dengan baik ke, dia kecundang terikut dengan gejala tak bagus ke, dia jenis yang buat perkara yang orang lain tak buat? fikir sendiri..

Dalam teguran, ada sesekali kita perlu berkasar, tapi bukan dengan cara mencarut, bukan dengan menghentam si polan tu, cukup dengan menigggikan suara, tegas biar dia takut dengan gesaan itu.. tapi pastikan tentang apa yang hendak dimarahkan... kalau pasal sebatang rokok, si kawan tu patahkan, kau pergi marah dia, mencarut tak tentu pasal dekat dia, apa yang baiknya? apa yang baiknya merokok dalam kehidupan? kalau tak hisap, boleh jatuh sakit, selsema.. Siapa suruh buat-buat buta tak baca mesej penting dekat kotak rokok tu awal-awal..

Kalau pula si anak yang degil tak mahu solat, kerja buang masa main facebook setiap jam. Bila di tegur solat tak mahu solat, nak chatting dengan awek, itu perlulah kita untuk jadi lebih tegas, jadi lebih kasar, tinggikan suara pastikan dia takut dan terus lari solat. Apa, nak kata solat dia tak ikhlas? niat sebab kena marah. Fikirkan pula, kita mula hidup, kena paksa keluar dari rahim ibu. Pernah kau minta untuk keluar? TAK, kita mula hidup, kita di paksa minum susu, pernah kau minta untuk minum? TAK, kita hanya menangis bukan? tapi mereka faham, kita PERLU.

Serupa juga dengan situasi aku kata, perlulah kita paksa si adik ni untuk melakukan kebaikan untuk kebaikan dia juga nanti.

Jadi ke mana pula datangnya bahasa mencarut yang mudah si budak budak sekarang belajar ni? pada pendapat aku, antara tempat mereka cepat belajar ;

: daripada kawan-kawan sendiri. Terpengaruh itu mudah, terikut apalah lagi. Sekali si kawan itu cakap, kita mula terasa hati, teringin untuk membalas, membela maruah yang tercalar, balas dan membalas, masing-masing punyai ego yang tinggi, masing-masing kini mula menunjuk taring, menunjuk kuat fizikal dengan bergaduh sesama sendiri. Akhir kata, sorang patah gigi, sorang patah hidung, dua orang bersuka ria melihat aksi manusia hilang kawalan mental. Syaitan ! Syaitan itu kejam, dan dengan kawalan minda sahaja, kita mampu melawan syaitan ni kembali.

: daripada pergaduhan mak bapak. Tidak semua pasangan keluarga dalam dunia ni aku rasa bahagia. ada juga yang pasangan yang masih belum temui jodoh yang sempurna. Kadang kala ada yang sampai bertengkar yang mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih dalam hubungan. Ada pula yang berakhir dengan tangisan hasil penampar sulung yang sebelum ini janji bagai sanggup berenang merentasi laut cina selatan semata membawa balik tiket konsert korea. janji bagai sanggup berada di sisi walau apa sahaja berlaku, janji bagai tidak akan pandang wanita lain selain yang telah ada, janji bagai mencintai hanya yang satu tiada yang lain. tetapi semua hanya pembohongan, tiadanya berakhir tangisan sehingga membawa kepada perceraian. Masing-masing membawa hala masing-masing dan anak-anak menjadi mangsa.

: daripada media massa. Kalau perasan, tidak hairan filem mana sekali pun, yang pasti cerita yang berbaur ganas-ganas yang aksi aksi pastinya membawa perwatakan imej yang tidak elok dengan membawa watak menggunakan dialog yang kasar, mencarut, memlakon aksi yang tidak sepatut di tonton. Media massa sekarang bukan hanya terdiri daripada televisyen saja, tapi sekarang dah ada youtube, internet, facebook, yang membuatkan segala informasi mudah tersebar mudah mengetahui apa perkembangan sekarang. Mengeluarkan kisah yang berbaur keganasan pastinya suatu tarikan oleh seluruh manusia ni, sebab kita dah dibiasakan dengan aksi sebegini hasil daripada cerita-cerita mat salleh. nak mengata pasal dorang, lagilah teruk kalau dibandingkan dengan kita.

kalau teringin untuk buat si kawan kita supaya sabar daripada terus marah, mencarut aku rasa sesuai dengan cara bagaimana sebuah kisah Rasulullah jika tak silap aku Dia memberi tips untuk orang yang sedang marah menjadi tenang.
-apabila dia sedang marah, arahlah dia supaya mengambil wudu' dan ingat pada Allah, jika tidak berkesan
-arahlah dia supaya duduk jika dia sedang berdiri dan berkeadaan marah.
-jika tidak berkesan, arahkanlah dia supaya baring jika dia sedang duduk.
-dan jika tidak silap aku, arahkan lah dia supaya mandi jika masih tidak berkesan.

Ini kerana, marah datangnya daripada syaitan sendiri dimana mereka pastinya akan ke neraka kelak. Jadi jika si syaitan ni berkaitan dengan api, maka api lawannya adalah air. tak ke macam tu cara dia? insyaAllah ini cara yang Rasulullah ajar, dimana ustaz-ustaz yang beritahu aku, bukan aku buat andaian sendiri. aku percaya ramai jugak yang tau ini. cuba buat buat lupa kan? hihi..


From: -Muhd Fadlin-

Sunday, July 17, 2011

Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK KGV!!

Assalamualaikum...

Awesome! LOL! hahahaha.. aku baru balik dari kem.. memang awesome!! okay.. aku aka cerita dari hari pertama sampai hari last ni..

15 Julai 2011, Jumaat
masa first2 sampai.. kena pergi lapor diri dulu.. so.. hari jumaat ni aktiviti tak banyak sangat.. tapi malam tu ada ceramah.. lepas ceramah.. pergi makan.. lepas makan, masuk kelas untuk tidur.. maksudnya.. kitorang tidur dalam KELAS! bukan maksud aku 93 orang yang pergi, 93 orang tidur dalam satu kelas! hahahaha! perempuan tidur kat Aspura (asrama putera).. jadi.. lelaki dibahagikan kepada dua.. satu tidur kat kelas form 5 satu lagi kat kelas form 2.. sorry aku tak dapat bagi tahu kelas mana.. okay.. jadi, aku tidur kat kelas form 5.. malam tu.. lawak giler! kitorang ada sesi perkenalan dalam kelas tu.. jadi.. ada seorang abang ni.. boleh dipanggil Bob.. abang Bob memang suka buat lawak! memang best lah! jadi, lepas kenal-kenal tu, aku pun dah mula rapat dengan seorang abang form 6 ni... nama dia ****** .. sorry.. tak boleh bagi tahu.. hahaha!

16 Julai 2011, Sabtu
serius aku cakap.. hari Sabtu ni, hari yang saaaaaaaaangaaaaatttt awesome! korang tahu kenapa? sebab ada aktiviti 'Wall Climbing' dan 'Flying Fox'.. hahaha! aku paling takut dengan flying fox tulah.. entah kenapa nervous je... tapi.. tu waktu siang.. waktu tengah malam... memang mengejutkan semua orang! semua probate kena marah! sebab.. ada beberapa orang probates tak siap buku laporan.. memang teruk giler kena marah masa tu.. yang kesiannye dekat probates lah.. sebab, dah lah letih buat 'wall climbing' dengan 'flying fox'.. lepas tu kena marah pulak. adoyai.. memang pressure giler malam tu.. tapi, nasib baik aku selamat.. tak kena marah pun.. tapi, aku ingat hari sabtu ni akan jadi hari yang saaangat awesome.. tapi malam tu, x awesome.. tapi.. memang salah probates pun, fasilitator dah layan korang baik-baik, korang pergi buat diorang marah kenapa? sabar jelah.. takpe.. budi baik dibalas baik, budi jahat dibalas jahat.. ermm.. 

17 Julai 2011, Ahad
hari yang sangat menyedihkan.. hari perpisahan.. jadi, kitorang cuba untuk gunakan masa hari Ahad ni untuk buat yang boleh meredakan kesedihan dalam hati.. tapi, hari Ahad ni memang padat dengan aktiviti! takde masa nak beramah-mesra untuk kali terkahir.. jadi aku memang ada sedikit rasa sedih sebab dah tiga hari sama-sama, tidur satu kelas, semuanya sama-sama lah kan, pastu dah kena berpisah.. sedihnyerrr !!

 

tapi, serius aku rasa macam sedih jer dalam hati.. ntahlah.. bila dah rapat, rasa macam adik beradik.. buat abang Hanafi, ermm.. nanti dah jadi Ketua Pemimpin Pelajar.. jangan lupakan saya! hehehe.. buat abang Bob, buat lawak selalu ye.. buat senior2 lain.. korang memang best! junior pun aku tak lupa, Wan dan Hafiz.. okay.. masa di kem tu.. abang Hanafi ada banyak bagi kata-kata aimat/hikmat tau.. antaranya..

  1. tinggikanlah dirimu setinggi gunung di daratan, dan rendahkanlah dirimu sedalam mutira di dalam lautan..
  2. apabila seorang bayi dilahirkan menangis, orang lain gembira melihat bayi itu.. namun, apabila kita terseyum apabila tiba ajal kita, orang lain yang akan menangis kerana kita banyak berjasa..
itu sahaja yang aku ingat.. yang lain tu, dah lupalah... okay.. aku nak.. korang renung-renung kan kata-kata tadi tu.. kalau korang paham betul-betul, memang tersentuh hati korang.. sampai sini sahaja.. kalau ada apa-apa aku cerita.. bye!



From: -Muhd Fadlin-

Wednesday, July 13, 2011

LULUS!

Assalamualaikum...

apa yang akan aku ceritakan ialah berkenaan pada waktu PETANG ye.. PETANG bukan PAGI.. kalau waktu pagi.. malas nak cerita.. sebab confirm kawan-kawan aku dah cerita.. contohnya kawan aku, Farah.. nanti korang visitlah blog dia.. 


okay.. petang tadi ada ujian untuk bacaan ikrar, bacaan teks perhimpunan dan ujian menaikkan bendera.. jadi.. keputusannya.. aku dapat full mark untuk semua test tu! yayy!! hahaha.. itu je yang aku nak cerita.. kiranya aku lulus untuk semua ujian tu.. okay.. bye..


From: -Muhd Fadlin-

Tuesday, July 12, 2011

Untunglah..

Assalamualaikum...

Hari ni.. kelas 2 Hishamudin ada buat satu event tau.. diorang pergi main boling!! malangnye, aku tak dapat ikut! main boling free tu! pakai duit menang futsal hari tu.. eeee... sabar jelah! aku tak dapat pergi sebab ada minggu orientasi prefect! letih tau! jadi, minggu ni memang akan kena staybcak setiap hari! hari Jumaat ni ada kem kepimpinan pulak.. alaaa.. seksa tau kat situ! letih giler! tapi.. rempuh jelah.. and then, ermm.. rasanya dah tak ada apa-apa nak cakap dah.. okay.. sampai sini jelah.. bye!


From: -Muhd Fadlin-

Monday, July 11, 2011

Letih, Letih dan Letih!

Assalamualaikum...

Hari isnin.. memang letih! pagi tadi, ada perhimpunan.i... kena jaga budak form 1 ALONE! saya ulang ALONE! prefect lain yang jaga Form 1 lelaki entah mana hilangnye! sakitnye hati.. aku manalah boleh jaga budak form 1 sorang-sorang jer.. jadi, pelajar lelaki form 1 tadi memang cukup bising! sampai aku dah tak boleh tahan dah! kejap ada yang nak pergi tandaslah, sakit kaki lah, memekak, kemudian degil! bila orang dah suruh senyap, senyap jelah.. dah kau degil, padan muka kau! kena tengking dengan aku.. korang tahu tak? pagi tuh.. ada sorang budak India, dia asyik bercaaaakap je... jadi, bila aku suruh senyap, dia buat dunno je.. memang sakit lah hati aku kan? jadi aku biarkan dulu... dia bising lagi! aku datang kat dia.. aku berdiri je sebelah dia.. lepas tu ada sorang kawan aku nak tarik dia keluar.. tapi dia tak nak dengar cakap kawan aku tu.. korang tahu dia buat apa kat kawan aku tu? dia pergi tolak kawan aku tu! amboi! ini dah melampau! dah lah junior, nak berlagak senior pulak? sekarang tiba giliran aku pulak nak suruh kau keluar barisan.. jadi, aku suruh lah dia keluar.. dia buat tak tau je.. dia pandang je muka aku.. aku cakap lah "keluar dari barisan, sekarang.." dia geleng sambil buat muka gangster.. sekali aku dah naik hangin! aku tengking lah dia.. aku cakap "KELUAR!!" masa aku tengking tu, semua prefect yang ada kat situ pandang je aku.. malu jugak rasanya.. hahahaha! yelah, diorang mana pernah nampak aku tegur student macam tu! hahahaha! tapi, nasib baik budak tu keluar, kalau tak ... tak sanggup nak cakap!


Okay.. sekarang kita pergi ke waktu petang pula.. waktu petang tak ada pape yang bagi pressure kat aku.. just ada taklimat sikit pasal prefect.. then nak bagitahu ni, hari Jumaat ni, saya akan ada kem kepimpinan! Jumaat, Sabtu dan Ahad.. buat di sekolah.. perghhh... serik! tahun lepas dah kena dah.. tahun ni pun kena jugak! adoyai! okay, forget it!


Jadi, lepas habis taklimat pasal prefect tu, saya balik lah! apa nak tunggu lagi.. tapi aku singgah kat Family Store unutk beli barang-barang penting! haa?? barang-barang penting? hurmm.. tak perlulah korang tahu.. hehehe... jadi, masa tengah bayar tu, aku jumpa kawan lama aku!! memang excited giler dia masa tu! dia okay.. bukan aku! and.. kitorang tegur macam tu jelah.. habis cerita hari ni! 


Oh ye! ada lagi satu story.. tapi tak nak lah cerita kat korang sebab nanti memalukan je! cuma aku akan bagi moral daripada cerita tu je. Moralnye ialah, sebagai murid yang menerima ilmu daripada seorang guru, kita hendaklah menghargai guru kita.. bukannya mempersendakan guru kita.. okay.. bye!


From: -Muhd Fadlin-

Saturday, July 09, 2011

Adab-adab Makan

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ini saya cukup rajin, saya buat post yang kedua untuk hari ini.. hehehehe.. hari ini saya akan bercerita mengenai adab-adab makan.. saya petik daripada laman web muslimah.or.id .. jom kita mengetahui adab-adab makan..

a) Kita mesti mula makan dengan mengucapkan Bismillah..
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW..
"Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah 'Bismillahhirrahmannirrahim..' Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).

b) Mesti mengakhiri makan dengan pujian terhadap Allah..
Rasulullah SAW ada bersabda..
“Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdoa: “Alhamdulillaahilladzi ath’amani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” 
p/s: kalau anda hendak baca ayatnya.. sila cari di laman web yang saya bagi tadi..

c) Mesti makan dengan menggunakan tiga jari kanan..
Inilah kesalahan biasa yang kita buat.. saya pun ada buat kesalahan ini.. kesalahannya, kita makan bukan pakai 3 jari kanan, tapi 5 jari kanan.. adalah digalakkan kit makan dengan menggunakan 3 jari kanan.. 

d) Mestilah menjillat jari-jarimu sebelum membasuhnya..
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW..
“Apabila ada sesuap makanan dari salah seorang diantara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersihkan bagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan meninggalkannya untuk syaitan.” 

e) Tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih   dingin, hal ini berlaku pula pada minuman. Apabila hendak bernafas maka lakukanlah di luar gelas, dan ketika minum hendaknya menjadikan tiga kali tegukan.

f) Apabila ada sesuatu dari makanan kita terjatuh, maka hendaknya dibersihkan bahagian yang kotornya kemudian memakannya.


g) Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.


h) Memulakan makan dengan makanan yang letaknya terdekat..


i) Hendaknya tidak melakukan sesuatu yang dalam pandangan manusia dianggap menjijikkan.


Okaylah.. saya rasa sampai di sini sahaja.. ada lagi sebenarnye.. tapi korang kena pergi ke laman web yang saya dah bagi tadi.. Sekian, ;)




From: -Muhd Fadlin-

Pelancaran Bulan Kecergasan SMK King George V :)

Assalamualaikum...

Hari ini ada pelancaran bulan kecergasan kat sekolah.. so, that's mean hari Sabtu ini, saya pergi sekolah http://www.emocutez.com  ..  ermm.. mula-mula, pikir mesti ada rasa penat.. tapi. nak tak nak, pergi jugak.. hehehe.. tapi.. bila sampai sekolah.. nampak macam tak ramai jer.. jadi aku ingat confirm tak best! lepas dah sampai, duduk dalam kelas kejap.. tak lama lepas tu, ada perhimpunan kat dalam Dewan Seri Setia.. sepatutnya kat tapak perhimpunan, tapi hujan pulak pagi tu! eee... sabar jelah.. dalam dewan panas lah! tapi.. chill lagi ni..


Lepas selesai perhimpunan, pelajar-pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4.. Jadi, pagi tu ada perlawanan Futsal.. setiap kelas wajib hantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan.. Lepas tu, kelas aku, cuma hantar borang permohonan untuk Futsal je.. bola keranjang dan bola jaring tak.. it's okay and better :) .. aku tak ambik bahagian dalam futsal tu.. jadi rancang nak tengok-tengok je dengan Putera.. tiba-tiba.. Cikgu Rahop pulak datang.. dia suruh aku, Putera dan Luqzan buat kerja Khidmat Bakti.. uhh!! sabar jelah.. tapi tak pe.. untuk sekolah, aku sanggup buat! hahahaha! okay.. lepas dah selesai kerja khidmat bakti tu.. aku dan Putera pergi tengok perlawanan Futsal.. jadi, nak dipendekkan cerita, untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 14, ke;as 2 Hishamudin menang! woot! congrats 2 Hishamudin.. kelas aku tu! hahaha! 

I LOVE YOU, 2 HISHAMUDIN ;)

nanti visit ye laman web 2 Hishamudin tu.. aku dah link kan.. jadi.. setelah tamat semua acara.. semua pelajar pun balik.. so, begitulah cerita nya.. TAMMAT!

From:-Muhd Fadlin-

Thursday, July 07, 2011

Hari Sukan SMK King George V Awesome!

Assalamualaikum... hari ni ada hari sukan kat sekolah.. jadi memang awesome! memang best la.. hari ini.. kelas aku ada buat jualan.. macam-macam kitorang jual.. anataranya, ice blended (paling laku!! hahahaha.. gurau je), wedges (paling laku.. i think la..) dadih, air, buah-buahan, vitagen and yogurt (Rasmeera yang jual.. hehehehe), cupcakes and puding buah-buahan.. mungkin ada lagi tapi aku lupa.. aku tolong Syaza and Aisyah jual ice blended.. memang ramai lah yang beli! then, aku tolong Putera jual dadih.. hampir habis jugak.. http://www.emocutez.com and then, tengah syok-syok layan orang yang nak beli ice blended ni.. tiba-tiba! ais dah habis!! jadi, nasib baiklah ada kawan kitorang yang baik sekali, iaitu Putera, dia suruh ayah dia belikan ais untuk kitorang.. thanks Putera! kau memang baik.. http://www.emocutez.com


Bila ais dah ada balik.. so, ramai lah yang datang balik.. order ni order tu.. kemudian, satu lagi masalah datang.. Blender tu pulak rosak! adoyai... blender tu Aisyah punya.. jadi.. punyalah angin dia.. asyik marah je.. x delah marah sangat.. tak lama lepas tu.. mesin tu dah elok balik.. tapi masa tu orang semua dah kena berkumpul.. hermmm.. x pelah.. so, kitorang kemas-kemas lah barang-barang kitorang.. Then, lepas aku kemas-kemas tu.. aku terus pergi berkumpul kat tempat budak-budak lain berkumpul.. ada majlis penyampaian hadiah.. tengah sedap-sedap tengok orang semua ambik hadiah.. tiba-tiba cuaca jadi mendung dan berangin.. so.. aku memang tak terpikir pun hujan akan turun.. jadi aku duduk je sorang-sorang.. tengok je.. sekali.. hujan turun rintik-rintik.. sekali.. hujan turun dengan selebat-lebat nye! semua menggelabah lari nak tinggalkan padang.. aku confirm 100%, hari Isnin ni, mesti Cikgu Zaidi mengamuk sebab student main lari je.. hahahaha! jadi.. lepas dah naik, aku balik kelas jap, then terus lari pergi bus stop.. lebat tau hujan! basah aku.. nak tahu apa jadi? aku dah kena selesama dengan batuk dan rasa nak demam dah ni.. dan gara-gara hujan ni jugaklah.. aku tak jadi pergi Parkson.. waaaa!! sabar jelah.. itulah kehidupan.. hahaha! 




Eh! aku lupa nak bagitahu.. rumah sukan Braddon jadi juara keseluruhan.. so, congrats Braddon! http://www.emocutez.com  
http://www.emocutez.com hahahaha! Abdul Malek mana? eee... sabar jelah..

p/s: wth! why this stupid boy always following me? huh!


From: -Muhd Fadlin-

Wednesday, July 06, 2011

A Bad Day..

Assalamualaikum... haish.. hari in kan.. macam tak best je.. waktu siang2 tu lah.. http://www.emocutez.com  adalah satu peristiwa yang memang menyakitkan hati.. http://www.emocutez.com  tapi tak pe.. waktu nak balik.. baru rasa enjoy! hehehe! then esok ada hari sukan.. so.. esok update blog lah kot.. tadi kan.. masa aku tengah buat duty, ada seorang senior kata: " esok u pakai uniform PBSM ni lengkap2 ye.. esok ada perbarisan.." kemudian aku jawab: "err.. hmm. okaylah.. " padahal dalam hati.. eee... malaslah! http://www.emocutez.com.. tapi tak pelah kan.. sebab.. aku memang lah target tak nak masuk apa2.. sebab nak berniaga.. tapi.. masuk jelah.. then.. masa tengah duty, ada pulak ada sorang akak Cina form 6 datang jumpa aku.. dia cakap: "adik, form berapa?" aku jawablah: "form 2.." then dia cakap: "okay.. 2 Hishamudin kan? okay... hari Sabtu ni.. datang sekolah.. pakai uniform PBSM ni.. sebab ada kawad.. datang ye.. kalau kamu tak datang.. habislah kamu!" then aku cakap: "ermm.. okaylah.. suka hati sayalah nak datang ke tak nak.. kalau saya ada event.. memang saya tak datang ye.." then akak tu buat muka bengang je.. hahahaha! padan muka kau! pandai2 je nak marah orang.. then akak tu bagi kertas, dia suruh tulis nama.. so... aku tulis jelah.. jadi.. kesimpulannya.. minggu ni, memang minggu yang amaaat meletihkan! http://www.emocutez.com

p/s: "untuk Syaza.. seronok lah kau kan? seharian tak masuk kelas dan dating je! hehehehe.. gurau.. okay.. bye.."




From: -Muhd Fadlin-


Tuesday, July 05, 2011

Majlis Perasmian u-Pustaka!

Assalamualaikum... Hari ni ada majlis perasmian u-pustaka kat Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.. Okay.. nothing special actually.. tapi.. yang bestnye! aku jumpa kawan-kawan lama aku!! dan yang paling best.. aku jumpa BFF aku! memang seronok giler lah kan? yelah.. kitorang dah 2 tahun tak jumpa.. kitorang kan dah lain sekolah.. http://www.emocutez.com lepas tu, kawan-kawan aku ni kena balik dah.. baru kejap nak borak-borak.. tapi.. nak buat cam mana kan? so, aku ngan BFF aku ni salam ala-ala Arab gitu.. hehehehe.. lepas tu.. Aisyah nampak tau kejadian tu.. dia jeles.. hahahaha! chill aisyah, chill... aku gurau.. okay.. sampai sini je ..




From: -Muhd Fadlin-

Friday, July 01, 2011

Bye-bye June.. Welcome July...

Assalamualaikum... Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai... hmmm.. kejap je kan? Untuk pengetahuan korang, bulan Jun ni banyak bagi kenangan kat aku! tulah.. macam sedih je nak tinggalkan bulan Jun ni... tapi.. nak tak nak.. dia dah pergi dah pun.. Jun ni, banyak betul aktiviti yang aku buat.. macam main boling, pergi latihan rumah sukan.. pergi tengok wayang.. pergi jalan2.. sana sini.. macam2 lagi lah!.. hehehehe!! tu lah pasal bulan Jun ni... blog aku jarang ber-update.. haishh...


Bulan Jun ni boleh dikatakan bulan yang paling busy! aku sebenarnye.. suka bila tengah busy, pastu cerita ngan seseorang.. Jun ni pun ada banyak kenangan pahit! banyak lagi kenangan pahit daripada kenangan manis! sebab banyak kenangan pahitlah aku sayaaaang sangat bulan Jun ni!


Okaylah... sampai sini jelah ye... aku dah ngantuk ni.. esok aku update blog lagi! sebab apa tau.. esok ada larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.. esok aku cerita pasal benda tu.. kalau aku lupa... korang ingatkan aku ye... Bye-bye!

From: -Muhd Fadlin-