Friday, September 14, 2012

Si Pengayuh Sampan.



Assalamualaikum.

Suatu hari, seorang professor ingin menyeberang sungai bersama dengan seorang pengayuh sampan dengan menaiki sampan. Semasa dalam perjalanan, si professor bertanya..

"Kamu tahu membaca dan menulis tak?"
"Tidak, saya buta huruf.." Jawab si pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah kehilangan separuh dari hidup kamu. Orang yang tidak pandai membaca dan menulis seolah-olah hilang separuh keupayaan hidup.."

Si pengayuh sampan hanya terdiam dan terus mengayuh sampan. Tidak lama kemudian, si professor bertanya lagi.. "Kamu ada buat simpanan di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja. Macam mana mahu simpan di bank.."
"Kalau begitu kamu hilang lagi separuh kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan senang di hari tua nanti.."

Si pengayuh sampan mendiamkan diri lagi. Sampan terus bergerak dengan keadaan air yang berombak-ombak. Setibanya di tengah sungai, tiba-tiba sampan itu bocor. Air berduyun-duyun masuk ke dalam sampan dan akan tenggelam pada bila-bila masa sahaja. Keadaan semakin tegang. Si pengayuh sampan bertanya kepada professor.. "Tuan, adakah tuan tahu berenang?"

"Tidak. Saya tak tahu." Jawab professor dengan cemasnya.
"Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

Pengajaran.
Allah tidak akan mencipta manusia itu untuk menjadi bodoh. Tetapi, Allah menjadikan setiap manusia mempunyai berlainan kelebihan dan kebijaksanaan. Jadi, kita janganlah menganggap diri kita ini hina. Sebaliknya, cari kelebihan diri dan asahnya sehingga menjadi setajam jarum. Setinggi mana pun kita belajar, kalau tak tahu ilmu hidup, susah jugak. Jadi, jangan riak dengan apa kita miliki. Kbye.

Your insecure. tenenenet. Don't know what for. tenenenet. EH?

No comments: