Monday, July 09, 2012

friends.



Assalamualaikum and Annyeong!

Mungkin dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri kita sendiri. Tapi, sedarkah kita bahawa dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang sentiasa berada disisi kita. malah dia sentiasa memahami situasi dan keadaan kita tidak kira sesukar mana pun ia. Ingatlah, sahabat kita sebenarnya sangat memahami situasi kita, cuma, mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan dan apa yang patut diperkatakan. But, korang semua mesti pernah rasa right how it feels when you cannot help your friend when he or her in trouble? Kita mula lah rasa kita tak layak lah bagai semua. Haih, chill. Tak perlu bimbang, kadang kadang, seseorang itu cuma memerlukan seseorang pendengar a.k.a tempat meluahkan perasaan :)

Sedarkah kita betapa beruntungnya kita sekiranya kita memiliki seorang sahabat yang sentiasa mendengar keluhan hati kita? Sedarkah kita betapa ruginya kita meninggalkan seorang sahabat yang sentiasa berada disisi kita pada waktu kita memerlukannya? Perghhhh, sakitnya bila ditinggalkan sahabat sendiri. Yelah, orang yang kita sayang, yang paling rapat dengan kita, yang dah macam klon kita dah, pergi tinggalkan kita. Like, sakit gila. 

Am I good enough for 'em? 

Think back. Kita ni, ikhlas ke dengar masalah sahabat kita? Ikhlas ke kita dengar keluhan sahabat kita ni? And, boleh ke kita jadi sumber kekuatan dia sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa? Boleh ke kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, yang kita ni boleh dijadikan tempat untuk meluahkan segalanya apabila terasa lemah agar dia tidak rebah? Haih.. baru kita sedar kan? Selama ni kita tahu kawan je dengan semua orang, kita cakap je orang ni best friend kita, orang tu best friend kita, but pernah ke terfikir benda ni semua? 


Haha, aku ngan Aiman selalu gila macam ni. Lol. Korang yang lain pun, mesti pernah juga lalui benda benda macam ni kan? And for sure, you know what it feels, absolutely. So, just take your time. Ingatlah, kita takkan dapat lari daripada berkawan or menjadi kawan kepada seseorang, manusia datang, singgah dan pergi. But, insan yang betul betul sanggup berdiri di sebelah kita dalam apa jua keadaan sekali pun, itulah sahabat kita. Macam lagu Najwa Latif tu, "kaulah yang di situ, selalu menemaniku, mendengar kisah pahit manis hiduku.." Najwa Latif comell! Kay. 


Ingatlah, nilai sesebuah persahabatan itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi ianya hadir dari hati yang tulus dan ikhlas.

Kbye. © 

No comments: