Assalamualaikum and Bonjour!
So today I'm gonna share something yang saya dapat dari blog Atika Aula.
Cerita yang biasa je bagi orang yang susah nak paham bahasa melayu, tapi sangat bermakna bagi orang yang memahaminya. Enjoy with it.
Pada suatu hari, seorang pelajar bertanya kepada gurunya satu soalan. Ketika itu, gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang...
PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu berkekalan?
CIKGU : Okay, kamu ikut apa yang saya suruh buat. Sekarang, kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Lepas dah jumpa rumput yang paling cantik tu, bawa ke kelas.
Pelajar itu pun pergilah ke padang dan mengikut arahan yang telah diberikan oleh gurunya tadi. Tetapi malangnya, pelajar itu tidak membawa sehelai rumput pun ke kelas. Kemudian, cikgu pun bertanya..
CIKGU : Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?
PELAJAR : Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Ermmm, memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata tadi petik yang paling cantik, jadi saya pun terus jalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada rumput yang paling cantik di belakang saya tadi. Tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik..
CIKGU : Tanpa kamu sedari, kamu baru sahaja memberi jawapan kepada soalan kamu tadi. Maksudnya di sini, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah sesekali kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita sepatutnya menghargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang lagi kerana benda yang telah berlaku, biarkan ia berlaku.. Semoga yang telah berlalu itu tidak akan berulang lagi. Ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan baik walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi yang baik dan cantik macam rumput tadi..
Jadi, sekali kita dah berjumpa dengan orang yang dah cukup sempurna untuk kita, janganlah gatal gatal nak cari yang lain. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita dapat. HARGAI apa yang orang dah buat untuk kita. Kita ni manusia, takkan terlepas dari kesilapan. Biasanya, orang akan menyedari bahawa seseorang itu sebenarnya sangat berharga kepada dirinya sendiri selepas orang itu berhenti menyayanginya. Jadi, kawan-kawan korang yang tengah berdiri di sisi korang tu, hargailah dia, sebelum dia pergi meninggalkan korang. sangat perit apabila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, dan juga sangat perit bila terpaksa meninggalkan seseorang.
Kbye.
To all my dearest friend, i know i'm not perfect as you want. But, i'm always keep trying to be the best for you. When no one seems to care, i'll be there. When no one seems to be your ear, i'm always be there. Remember friend, I'M ALWAYS BE THERE! :) I'll try my best, InsyaAllah. Ever lasting friends, InsyaAllah :')
No comments:
Post a Comment