Thursday, June 28, 2012

The Story Of A Blind Girl


Assalamualaikum and Hye.
So today I am not going to the school because of several reasons. But, kalau pergi pun ada hari sukan jer, bukan belajar pun, so, rasanya tak rugi apa apa.

I am going to share with you all a short story that I got from this website.
Just a short story about true love. Honestly, I felt want to cry when reading this..

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend. One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “Now that you can see the world, will you marry me?” The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying: “Just take care of my eyes dear.

Cinta bukan mengikut paras rupa. Cinta tidak memandang kecacatan. Cinta bukan kerana kepandaian. Cinta bukan kerana terpaksa. Tetapi, cinta kerana keikhlasan dan kejujuran.
Kbye.


Monday, June 25, 2012

I Hate Headache.



Assalamualaikum and Hye.
Just a random post about today. Okay, as usual in the morning, ada perhimpunan semua, aku jaga blok tak dengar apa apa. Then habis perhimpunan, ada pulak sesat ceramah gigi, after ceramah gigi tak belajar sampai balik. Belajar Sejarah je pun. Petang, ada sukantara like hell duduk bawah pokok tengok orang lari, lontar peluru, rejam lembing etc.. PANAS AND PENAT!

You know what, I must face a lot of problems lately. I got a damn headache. I make my folio together with my headache. And I just done with my folio. Now, I must do my PEKA and karangan. Someone, help me. I need someone to hug. Haih, never mind, I know nobody will be there. I know everything. I know everything. I know everything. No, I do not know. Haih, how can I continue to do my homework if my condition like this? Sorry because I just feel shy to express what I feel to my best friend. I know they are there. But, honestly I am not that type of person who love to share everything with you guys. If you wanna angry with me, just do it. Then this blog jadi mangsa.

Okay, I got to go. Btw, search at youtube, "U-kiss Somebody english subtitle". Hear and read the lyrics too. It is a korean song, but the translation in English just give me a lot of spirits. Lol. Sorry for the broken english. 
Kbye.

Just a short note for headache, thank you because always 'help' me whenever I am in trouble.

Saturday, June 23, 2012

Cuba Menghargai.


quotediaryofficial:

CLICK HERE for more life, love, friendship and inspiring quotes!

Assalamualaikum and Hye.
Hmm, just a short entry before I go to school. Haha, I know it is Saturday but I have a work to do at SMK King George V. So today I just wanna share about Appreciate. It take a lot of time if I write in English so better I write this post in Bahasa Melayu. I got this entry from Google and maybe I change a bit from the source. So, let the entry begin!

Hidup ini umpama roda, setinggi mana pun kita berdiri jangan lupa untuk melihat yang di bawah. Tanpa yang bawah, kita tidak akan dapat berada di atas. Namun, tak selamanya kita akan terus berada di atas dan bila-bila masa sahaja kita akan berada di bawah bersama mereka yang lain. Ketika itu, semuanya pasti berubah. 'Kawan' kita yang selalu ada saat gembira, hilang entah ke mana. Semuanya hilang. Barulah kita menyedari bahawa betapa sakitnya diendahkan, ditinggalkan dan dipinggirkan. Jangan hanya melihat atas dan bawah sahaja, kiri dan kanan juga umpama batang cerucuk yang mengukuhkan sesebuah bangunan. 

Menghargai. Bagi hadiah dua tiga lori untuk menghargai seseorang? Bagi pujian yang tinggi melangit untuk menghargai? Sebenarnya, tidak kisahlah macam mana sekali pun cara kita menghargai seseorang. Tetapi bagi diri saya sendiri, cukuplah dengan mengucapkan "Terima kasih" dengan ikhlas. Bukan hanya saya tetapi yang lain pun pasti akan dihargai kalau orang lain berterima kasih dengan kita kan? Tetapi, kalau mahu orang menghargai kita, belajarlah menghargai orang dulu. But, sometimes people always forgot about what we had done for 'em. Never mind. I love it.

Ucapan Terima Kasih.
“Thank you so much sebab tolong aku.." Walaupun simple, tapi hati kita rasa senang, tenang and perasaan yang susah nak gambarkan lepas dapat ucapan macam tu daripada orang yang selalu kita tolong. Ucapan seperti ini sebenarnya boleh membuatkan mereka rasa dihargai. Janganlah jadi kacang lupakan kulit, bila orang dah tolong, dia pergi dengan orang yang tidak selalu di sisi dia. Apa salahnya kita cakap macam tu, bukannya susah sangat pun. Benda ni penting, walaupun nampak simple je tapi orang tetap rasa dihargai. Janganlah sampai kawan kita kecewa dengan perangai kita yang macam haram tu.

Hargailah Kerja Orang Lain
“Arghh! Lembaplah kau ni! Salah pulak tu! Benda macam tu pun susah nak buat ke?!” Hmm, I had face this situation before. Sangat sakit. Pedas gila. Boleh dikatakan menusuk ke lubuk hati. Tak! Lebih daripada itu! Tambah lagi bila kawan yang kita sayang cakap macam tu. Kita perlu tahu untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Bayangkan kalau kau yang kena macam tu? Sedap? Mesti sedih dan sakit hati bukan? Tak payahlah nak pikir ego kau je, at least hargailah penat lelah orang yang tolong buat kerja kau tu. 

Memahami Masalah Yang Dihadapi
Belajarlah untuk memahami orang lain sebelum kita ingin orang lain memahami diri dan tugas kita. Jangan bertindak meletakkan kesalahan di bahu rakan sepasukan berbanding diri kita sendiri. Bahkan kita merasakan bahawa kitalah yang betul dan mereka pula yang salah, sedangkan kita tak tahu apa masalah yang dihadapi. Apa kau ingat kau bagus sangat? Walaupun kita bertindak sebagai seorang ketua, tapi kita kenalah memahami anak buah kau tu. Kalau kita cuba memahami masalah dorang, insyaAllah sesebuah hubungan akan menjadi lebih erat. Actually, I always try my best for this. 

Jangan Pentingkan Diri
“Kau kena ingat aku ni ketua kumpulan, kalau nak buat apa apa tanya aku dulu!” Amboi,berlagaknya. Kadangkala kita sendiri menyampah bila berhadapan dengan orang macam ni kan? Lagaknya mengalahkan orang besar pula. Tolonglah, kau cuma ketua di dalam kumpulan yang kecil sahaja dan bukan besar mana pun. Tak payah nak pentingkan diri sangat. As a group leader, kau kena dengar dulu pandangan ahli kumpulan kau. Jangan pula kita menengking dan menghamburkan kemarahan kita akibat tidak berpuas hati. Percayalah, kalau kau pentingkan diri sendiri, hidup kau tak akan aman.

So, a big credits to Google for this entry. I have change a lot of things such as the sentence and delete some nonsense sentence. And please, appreciate your friends outside there before they leave you alone. You do not know how hurt it is when being alone. It is true if sometimes we need to be alone. But, explain nicely, slowly to them. Not like fcuk. I must prepare myself to go to school. Have a nice day guys!
Kbye.

Thank you for being my best friend. I just hope that our friendship will permanent forever. LOL.

Random!



Assalamualaikum and Hye.
I have nothing to say. I have a lot of things that I wanna share but I do not know how to start and which part to start so better do not start. Hmm, I think this week is the most tired week. From Tuesday, I have sukantara, even tak join tapi letih jalan jalan. Wednesday, still sukantara and at least I had try my best for 100m. Kaki masih lenguh sampai sekarang.

Semenjak dua menjak ni, bila log in Facebook macam dah tak meriah macam dulu. Semuanya berubah. Honestly, everything have change. How I wish if I were a remote that can pause all the sweetest moments in my life and change the channel when the sad moments appear.

Since tahun 2012, I activate back my Twitter account. I made my Twitter account since last year actually but I do not even know how to use it. Do follow my Twitter!


Hmmm, i have nothing to say anymore. I have no idea. But just want to tell, I always feel lonely this week. Haha, maybe my friends are busy with their own business. Never mind. I want to have a nice time with them, but time always jealous with us. Time. Please, I need a lot of memories with 'em. I just scared that they will leave me. Okay, I start to make a lot of nonsense. It is not a nonsense! Never mind. 

Btw, I just checked my Mid Year Examination result. Good!
Kbye.

Sunday, June 03, 2012

GA Dari Pelajar Form 6 2012!



Assalamualaikum and Bonjour!
Rasanya dah lama gila tak join any contest or giveaway. Then sekali terjumpa giveaway ni, tertarik pulew nak join. Uuuu, akak akak form 6 buaat :o 
Kalau ada yang berminat nak join, just klik that banner okay :)

Syarat-syarat dah dipatuhi:
  1. Copy banner dan buat entri [ ✔ ]
  2. Follow blog dan like fanpage  (bukti dalam gambar) [ ✔ ]
  3. Tag tiga orang blogger lain  [ ✔ ]

Well, itu sahaja. Tarikh tutup: 25 JUN 2012.
Banyak masa lagi, so join cepat! Hadiah? Boleh tekan banner, best! :)

Anda ditag:


Gambar tu tunjuk yang saya dah follow and like fanpage :3
Untuk penganjur GA, good luck for your STPM. Kacang je tuh, lol xD
Kbye.

Friday, June 01, 2012

Hargailah Orang Yang Kita Miliki



Assalamualaikum and Bonjour!
So today I'm gonna share something yang saya dapat dari blog Atika Aula.
Cerita yang biasa je bagi orang yang susah nak paham bahasa melayu, tapi sangat bermakna bagi orang yang memahaminya. Enjoy with it.

Pada suatu hari, seorang pelajar bertanya kepada gurunya satu soalan. Ketika itu, gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang...

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu berkekalan?

CIKGU : Okay, kamu ikut apa yang saya suruh buat. Sekarang, kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Kamu pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Lepas dah jumpa rumput yang paling cantik tu, bawa ke kelas.

Pelajar itu pun pergilah ke padang dan mengikut arahan yang telah diberikan oleh gurunya tadi. Tetapi malangnya, pelajar itu tidak membawa sehelai rumput pun ke kelas. Kemudian, cikgu pun bertanya..

CIKGU : Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?

PELAJAR : Tadi semasa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Ermmm, memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata tadi petik yang paling cantik, jadi saya pun terus jalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada rumput yang paling cantik di belakang saya tadi. Tapi cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik..

CIKGU : Tanpa kamu sedari, kamu baru sahaja memberi jawapan kepada soalan kamu tadi. Maksudnya di sini, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah sesekali kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita sepatutnya menghargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh lagi ke belakang lagi kerana benda yang telah berlaku, biarkan ia berlaku.. Semoga yang telah berlalu itu tidak akan berulang lagi. Ingatlah bahawa orang yang paling kita sayang, itulah yang paling cantik dan baik walaupun kalau nak diikutkan, masih banyak lagi yang baik dan cantik macam rumput tadi..

Jadi, sekali kita dah berjumpa dengan orang yang dah cukup sempurna untuk kita, janganlah gatal gatal nak cari yang lain. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita dapat. HARGAI apa yang orang dah buat untuk kita. Kita ni manusia, takkan terlepas dari kesilapan. Biasanya, orang akan menyedari bahawa seseorang itu sebenarnya sangat berharga kepada dirinya sendiri selepas orang itu berhenti menyayanginya. Jadi, kawan-kawan korang yang tengah berdiri di sisi korang tu, hargailah dia, sebelum dia pergi meninggalkan korang. sangat perit apabila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, dan juga sangat perit bila terpaksa meninggalkan seseorang. 
Kbye.

To all my dearest friend, i know i'm not perfect as you want. But, i'm always keep trying to be the best for you. When no one seems to care, i'll be there. When no one seems to be your ear, i'm always be there. Remember friend, I'M ALWAYS BE THERE! :) I'll try my best, InsyaAllah. Ever lasting friends, InsyaAllah :')