Sunday, November 13, 2011

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Tak Suka.


Heyo.
Tadi skodeng skodeng blog Akak Lyssa, then terjumpa entri yang menarik giler awesome gorgeous ni.
Actually saja update cerita ni sebab kan dah lama tak update, jadi lepas je edit blog ni, terus nak update blog.
Jadi sebelum start, nak bagi kredit dulu dekat


Kita sedia maklum bahawa semua manusia ada kelemahan dan kelebihan masing masing. Tapi, kita juga perlu tahu yang setiap kelemahan tu, pasti boleh diubah.
Tapi untuk entri kali ni, saya cuma akan senarai dan terangkan sikit tentang ciri ciri perempuan yang lelaki tak suka. Kalau ada yang terasa or what, minta maaf lah yer. Tak bermaksud pape pun tau.


Tak Pernah Puas Hati
Memang aku mengaku. Lelaki pun ada gak perangai macam ni kann? Tetapi, kalau kita perhatikan, perempuan yang ada sifat ni lebih sikit dari lelaki. Ini kutukan kenyataan (!) Wanita dikatakan tidak mampu menahan daripada sesuatu yang sempurna. Mereka akan merayu rayu untuk mendapatkan sesuatu yang mampu membuat dia sempurna.

Mata Duitan
Tak semua wanita ada perangai camni kan? saya paham :D saya perempuan ke? Namun, masih ada juga perempuan yang MATA DUITAN. Ish ish ish.. Kalau saya, memang menyampah sangat sangat ngan perempuan camni. Daoat campak longkang jer, brutal betul saya :D 

Suka MENGONGKONG
Hah, tahu ke apa tu mengongkong or kongkong? Bagi yang tak tahu, mengongkong atau kongkong bermaksud terlalu mengawal atau mengatur sesuatu. Yelah, setiap wanita mengharap kehadiran Prince Charming dalam hidup mereka kan? TAPI, kalau impian dia tak kesampaian, dorang mulalah kingkong kongkong teman lelaki dia supaya betul betul jadi lelaki idaman dia. HAHA, ini pun perempuan yang saya tak suka. Kita boleh menegur orang, tapi janganlah melampau sangat.

Cemburu (!)
Kononya, cemburu ertinya cinta. Euww, tolonglah. Saya yakin sangat, semua perempuan ada perasaan cemburu ni kan? Tapi ramai perempuan yang cemburu TERLAMPAU sangat sampai jadi CEMBURU BUTA. HAHA, nsaib korang cemburu buta, tak buta. Perasaan ini timbul kerana wanita merasakan telah menyerahkan dirinya kepada lelaki, sehingga dia pun ingin lelaki menyerah diri kepadanya. Paham tak? Tak? Saya pun tak paham =='

Emo!
Siapa yang tak pernah nak emo kan? Bukannya korang tak boleh emo, tapi tak yah lah melampau sangat. Kalau korang dah terlebih emo, nanti korang dah tak boleh berfikir secara logik apabila mahu membuat keputusan. Fakta mengatakan, wanita lagi cepat marah jika dibandingkan lelaki. Hoho, maknanya lelaki ni penyabar tau :)



Hah, dah habis :D
Jadi, kesimpulan yang dapat kita buat berdasarkan entri ini, orang perempuan ada banyak benda yang perlu dijaga dan dikawal.
Sekiranya kita bersabar, insyaAllah kita akan dapat membuang semua sifat sifat buruk yang kita ada.
Jadi sampai sini je entri untuk hari ini.
Kbai.


Kepada semua peserta contest, keputusan telah dibuat. Tinggal nak post keputusan jer ni. Sabar kayy :)

Muhd Fadlin 

1 comment:

aiman mania said...

apa syarat2 tuk mng contest nih ye?