Saturday, November 26, 2011

Google Chrome Game (GCG)


Jack: Do you love him? Rose: Pardon me? Jack: Do you love him? Rose: Well, you’re being very rude. You shouldn’t be asking me this. Jack: Well, it’s a simple question. Do you love the guy or not? Rose: This is not a suitable conversation. Jack: Why can’t you just answer the question? Rose: This is absurd. I don’t know you and you don’t know me and we are not having this conversation at all. You are rude and uncouth, and presumptuous, and I am leaving now. [starts shaking Jack’s hand] Rose: Jack… Mister Dawson, it’s been a pleasure. I’ve sought you out to thank you, and now I have thanked you. Jack: And even insulted me. Rose: Well, you deserved it. Jack: Right. Rose: Right. Jack: [Rose is still shaking his hand] I thought you were leaving. Rose: [turns to leave] I am. You are so annoying. Jack: Ha, ha. Rose: [turns back to Jack] Wait, I don’t have to leave, this is my part of the ship. You leave. Jack: Oh ho, ho, well well well, now who’s being rude?

Heyo.
Haa, ingat lagi tak citer apa kat gambar atas tu? TITANIC
Semalam baru tengok Titanic, sampai banjir rumah ni sebab menangis (kononnye la..)
Okay, actually saya nak tolong Ainatul :)
Dia buat satu challenge yang awesomeee :) okay, let me introduce the syarat syarat.

There is no syarat syarat. Tapi, korang WAJIB tag sekurang kurangnye 5 orang kawan blogger, and please be honest. Kalau dah kena tag, KALAU BOLEH janganlah malas2 sangat untuk buat entri yer :) Thanks (!)

List from A to Z, websites that will automatically open when you type a letter. 
For example, when i type letter 'r' , this will appear.

(klik untuk gemok)

Okay, paham? So, here is my result :)

A - ainalokman.blogspot.com [blog aina =) ]
C - chikuchikichoco.blogspot.com [belog farah, tapi dah ditukar URL]
E - everything-inspiring.com [kebanyakan gambar saya ambik dari sini :) ]
F - facebook.com. [haha, facebooooooook]
G - google.com.my// [always be there for me #nerdy]
H - html-color-codes.info [whatt? that should be Habbo O.o ]
I - ifwevermeetagain.tumblr.com [heyy, my tumblr, do visit and please comment at shoutbox there]
K - koreanpoplovers-amalina.blogspot.com [always visit this ♥]
L - lifelikearainboww.blogspot.com [haha, everyday i'm visit this :) ]
M - myworldfadlin97.blogspot.com [heyy, who's blog is this?]
N - nurhafizahpija.blogspot.com [hoho, love this blog ♥]
P - pixlr.com [hey guys, let's edit your picture here ♥]
R - ratupetninlaw.blogspot.com [haha, memang tak dinafikan la, setiap hari visit! ♥]
T - takkesah.tumblr.com [i really love this tumblr ♥]
U - NONE
V - NONE
W - werockies.blogspot.com [belog sepupu]
X - NONE
Z - NONE

huh, finally done (!) i really love this challenge :)
Now for tagging. Who'll be the luck person there?
You're lucky :
Leeya
Okay that's all. Have F U N ya :) and to all others bloggers,
let's join us. just for f u n :) Good Luck :]
Kbai.



Friday, November 25, 2011

Tutorial : Jenis Marquee (Ayat Bergerak)



Heyo.
Scha request macam mana nak buat ayat marquee. Macam ni haa :

Hai..saya marquee..

Haa, tu namanya marquee. Macam mana nak buat? dia ada banyak jenis tau.
Ada yang ke atas, ke kiri , ke kanan. Err, korang follow jelah tuto ni.
Before that, tutorial ini saya kredit dekat AKAK ATIKA AULA :)

  • Tulisan bergerak dari kanan ke kiri.
<marquee>AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin

  • Tulisan bergerak dari kiri ke kanan.
<marquee direction="right">AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin
  • Tulisan bergerak dari atas ke bawah.
<marquee direction="up">AYAT KORANG</marquee>


Muhd Fadlin

  • Tulisan bergerak dari atas ke bawah.
<marquee direction="down">AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin

  • Tulisan berhenti apabila mouse sentuh perkataan.
<marquee onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()">AYAT KORANG</marquee>
Muhd Fadlin

  • Tulisan bergerak dari kanan ke kiri dan ulang balik (maybe x boleh guna kot)
<marquee behavior="alternate">AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin

Okay, kalau korang nak adjust kelajuan teks tu, masukkan kod ni:

scrollamount="1"

Contoh:

<marquee scrollamount="1">AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin bin Muhammad Firdaus Chan

Semakin besar nombor tu, semakin laju dia bergerak.
Kalau nak tukar dengan gambar pun boleh jugak.
Atau kalau nak tambah gambar depan AYAT KOARNG tu pun boleh jugak.
Letak kod ni :

<img src="URL IMAGE">

Contoh:

<marquee><img src="URL IMAGE">AYAT KORANG</marquee>

Muhd Fadlin

Haa, kan comel tu ;) Okay? Paham kann?
Kalau korang tak paham, tanya tau.
hehe, tu saja rasanya nak share. 
Kbai.

Malu bertanya sesat jalan.

Two Is Better Than One



Heyo.
Nak share satu video ni. Memang awesome :)
Bermakna. Check it out..



It's my blog's song :)
Kbai.

Titanic , Titanic , Titanic

Giveaway by Aida Shafiena & Fasihah Latiff


(klik untuk join)

Heyo.
Saya tahu mesti dah ramai giler join GA ni kann?
Tapi saya baru perasan saya kena tag dengan Farahin :D
Hah, lama betul tak join GA ni, hehe, mengidam pulakk :D
Seriously, saya nak sangat owl nekclace tuuuu, hope menang, AMINNN :)
Meh saya bagi tahu syarat-syarat :

  • Wajib FOLLOW blog Aida Shafiena dan Fasihah Latiff. (done)
  • Wajib LIKE fanpage sponsor (done) 
  • A Malaysian blogger only (i'm Malaysiaannn (!) )
  • Comment dalam blog Aida atau Fasihah.
  • Tag 2 orang blogger (minimum)
  • Letak banner di entry (done)
  • And WAJIB klik >here< (done)

Hah, nak tahu hadiah hadiah dia? Mak oii, tak terlarat den nak senaraikan dee..
Kalau nak tahu hadiah, jomlah join.
Lumayan lorhh :D
Jadi saya nak tag :
Okay, rajin saya tag , hoho. 
Warghhhh , tetibe mengantuk. HAHA pukul 2.45 pagi kauu :D
Klah nak tido. Kbai.

Tonight it's only you and me. So, let's make our dreams come true  

Contest Blog Paling OHseemm by Fatimah Azzarah


(klik untuk join yea :] )

Heyo. 
Nampak banner kann? Saya join contestt, wooo ♥
Lama tak join contest, mengidam :D
hehe, saya join sebab saya teringiiiiiiiin sangat nak owl necklace tu ;)
and sebab kena tag dengan Farahin :D
hehe, saya dah patuhi segala syarat-syarat tuan (!)
Sekarang, masa untuk tag pulak ;)
You're the luck one:
and untuk pengetahuan, tarikh tutup ialah :

31 DISEMBER 2011

Ada banyak masa lagi woooo, join join join cepaaaatt. 
hoho, rajinnye join contest , padahal dah pukul 2.30 pagi -.-
Kbai.

Thursday, November 24, 2011

Tutorial : Update Status *All Template



Heyo.
Actually tuto ini dah lama dah di-request oleh Ainatul, then nak buat, tapi lupe :D
Pastu tadi Farahin request, baru teringat balik, sorry tau Ainatul :D
Dorang tanya macam mana nak buat Update Status macam saya punya. Macam ni.

(klik untuk gemuk)

Okay, jom start. Status box ni akan ada dekat sebelah header tau ;)

UNTUK TEMPLATE DESIGNER

  • Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/JavaScript
  • Kemudian copy kod di bawah ni, then paste dekat kotak HTML/JavaScript tu.
<div style=" position:absolute; top:0px; center:10px; width:200px;"><center style="text-align: right;">Update Status<"URL ICON COMEL"></center><div style="Background-image:url(URL BACKGROUND);-moz-border-radius: 35px; border-radius: 35px; repeat; padding: 5px; border:1px dashed #FF00FF; filter:alpha(opacity=1.5); border-radius:5px;"><center><marquee>STATUS KORANG YANG AWESOME TU</marquee></center></div><div style=" position:absolute; top:50px; left:20px;"></div></div>

Nota tangan:
Warna kuning tu, untuk kedudukan status box korang ni, kalau nak tukar pun boleh, tukar kan kepada right, left, center.
Warna pink tu, untuk title status box korang. Kalau nak tukar, tukar jelah.
Warna biru tu, untuk letak icon comel, boleh cari dekat SINI
Warna purple, tukar dengan URL background. Cari je kat mana mana :)
Warna merah, tu border status box korang tu, korang oleh tukar kepada solid, dashed, dotted.
Warna oren tu, untuk warna border korang. Boleh cari kod warna dekat SINI
Warna biru cair tu pulak, letak lah status korang tu :)

Sekarang save, dan tengok hasilnya. Kalau tak menjadi, sila emel atau PM dekat facebook ye :)


UNTUK BLOGSKINS/CLASSIC TEMPLATE

Untuk yang blogskins punye, credit kepada LEEYA :)

  • Dashboard > Template > Edit HTML
  • Search kod <head>
  • Copy kod di bawah, and paste kan dekat ATAS kod <head> tadi.
<div style=" position:absolute; top:0px; right:10px; width:200px;"><center style="text-align: right;">Status Updates</center><div style="Background-image:url(url background); repeat; padding: 5px; border:3px solid #0000CD; filter:alpha(opacity=2.5); border-radius:5px;"><center><marquee>Ayat anda</marquee></center></div><div style=" position:absolute;top:50px; right:20px;"></div></div>

Nota kaki:
STATUS UPDATE : title update box tu.
URL BACKGROUND : tukar dengan url background yang korang nak.
3px : untuk ketebalan border. makin besar makin tebal (rasanye lah)
solid : jenis border, boleh tukar jadi dotted, dashed or solid.
#0000CD : warna border korang. boleh cari dekat SINI
Ayat anda : Status korang tu la -.-
Lagi satu, kalau nak tukar warna font tu, korang kena tukar warna entri korang. Paham kan?
Sebelum pape, PREVIEW dulu. Kalau okay, baru save. Biasanya yang guna blogskins mesti pandai godek2 kod kan? okay, so cubalah godek2 kod dia kalau x jadi :) 

Wuhh, setelah berhari hari tak update, baru nak update.
Hope sangat tuto ni berguna untuk korang. 
Kbai.

Tuisyen tuisyen tuisyen :D malam ni nak update lagi lah :)

Monday, November 21, 2011

Tutorial : Tetapkan Bilangan Post Dalam Satu Page



Assalamualaikum.

Hari ni nak ajar cara cara nak tentukan bilangan entry dalam satu page. Tahu kan pe benda? Alaa, bilangan post yang kita nak tunjuk dekat main page tulah.Tutorial ini untuk semua template kay.

  • Dashboard > Settings > Formatting.
Lepas tu, korang ikut langkah-langkah dalam gambar ni.

(klik untuk gemuk)

Lepas tu save ler. Haa, senang jer kan? Okay tu je.
Kbai.

Rain rain, go away, come again another day O.O

Sunday, November 20, 2011

Tips Untuk Mengekalkan Persahabatan


Heyo.
Tadi tengok tengok dekat Wordpress.com. Then terjumpa benda ni, so nak share lah :)


yaa, it&#8217;s you ♥

Entri ni agak panjang, tapi bermanfaat. So, kalau nak baca sampai habis, kena baca betul betul lah. Jangan jadi hangat hangat tahi ayam macam seseorang tu kan.

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita peluang untuk berkongsi suka duka bersama, bukannya untuk saling menyakiti dan membenci antara satu sama lain. Tetapi, menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki SELURUH ruang hidupnya. Misalnya, melarang kawan korang tu untuk membuat itu dan ini. Malah, kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Faham tu? Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu mengongkong tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apa salahnya kalau kita saling menghormati hak kebebasan masing masing. Dan yang paling penting, si dia jujur dalam persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang kata cemburu itu bunganya cinta. Tetapi, cemburu yang membabi badak lembu kambing buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, bunuh kawan kamu itu cuba selidiki dahulu kebenarannya. Kalau ada yang tak kena, tanyalah kawan kamu tu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Bukannya main tuduh jer! Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya, perasaan cemburu ini tak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuat kawan korang tu naik tocang atau naik muak. Nanti, dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu rasa cemburu dengan berulang kali. INI SANGAT MENYAKITKAN! 

Saling memahami
Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kamu harus berusaha untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya secara mendalam. Misalnya, kawan kamu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama-sama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kan lagi elok kalau korang cari hiburan untuk diri korang sendiri, lagipun esok masih ada untuk korang bertemu dia :)

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan persahabatan korang, tidak ada ruginya kalau kamu sekali sekala bersikap mengalah. Jangan jadi lagu Selalu Mengalah tu pulak. Tu dah lebih -.- Okay, meh sini saya bagi contoh. MISALNYA, kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Kamu lebih suka menonton wayang tetapi si dia lebih suka bermain boling. Oleh sebab kamu sayangkan tali persahabatan yang dah kamu bina sekian lama, si dia sanggup sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata mata mahu menjaga hati kamu. Tetapi kalau kamu fikirkan balik, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini mesti akan membuat si dia lebih selesa, bahagia dan menyayangi kamu.

Saling memberi kemaafan
Kemaafan tu perlu. Tetapi sukar selagi perasaan kesal dan kecewa masih menguasai diri kamu. Tetapi sebagain insan biasa, kita tak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita sesama sendiri. Cuba kita belajar untuk menjadi seorang sahabat yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu tahu perkara itu bukanlah berpunca daripada kesilapan kamu :)

Haa, tulah antara tips-tips yang boleh kita amalkan untuk mengeratkan hubungan persahabatan. 
Kata kata hikmat ni sangat berguna untuk semua manusia.
Kepercayaan itu umpamakan permata. Jadi berusahalah untuk memilikinya.

Saya buat sendiri tau quote tu. Nak tahu maksud dia?
Sikap saling mempercayai itu umpama permata. Ianya amat sukar sekali untuk kita dapat. Ia umpama rare. Kadang kadang ia lahir sendiri tanpa diduga. Jadi, bila kita dah memilikinya, kita kenalah menjaganya elok elok. Yelah, kan kita dah penat penat untuk memilikinya, jadi lepas dah memilikinya, jagalah elok elok :)
Huhu, pandai sungguh fadlin ni menjiwang hari ni -.-
Kbai.


Hello, i Love you ♥ &#8220;haha, okay. I&#8217;m yours now&#8221; ♥  oww, so sweat -.-


Muhd Fadlin 

Saturday, November 19, 2011

Tinggal Kenangan :'(


Heyo.
Pause the Dadali song, and play this sing to take the mood :'(


Mesti korang dah tahu kan, yang semalam last day kita semua sekolah. Tapi bukan untuk form 5 and form 6. Untuk SPM and STPM candidates, good luck untuk korang kay :) Jadi, kesedihan semalam masih terasa hingga ke hari ini. Semalam, hari yang amat menyentuh perasaan aku. 


Nampak gambar tu? Tulah classmates aku. For me, 2 Hishamudin adalah kelas terbaik yang pernah aku dapat. Aku ingat lagi masa first day masa masuk masuk kelas tu, sumpah rasa ganjil giler. And masa awal awal tahun tu jugak aku rasa macam tak nak masuk 2 Hishamudin. Tapi sekarang, aku tak nak kehilangan 2 Hishamudin. Yelah, tak kenal maka tak cinta. Mula mula aku ingat budak budak 2 Hishamudin ni pandai pandai, so mesti dorang pendiam and tak banyak cakap and mesti menghadap buku jer, tapi lepas dah kenal diri masing masing, perghhh, korang memang AWESOME (!)


Macam ni lah keadaan semalam, kelas pun dah tunggang langgang. Fyi, aku takde dalam gambar tu :D Tengok lah dorang, awesome giler. Wahh, kalau dikenang balik memori dengan 2 Hishamudin, mahu banjir rumah aku ni. Jadi semalam, pagi pagi pergi bacaan Yassin buat kali terakhir. Lepas tu, lepak dalam kelas. Time rehat, kitorang ada buat makan makan sikit. Habis aku balun kek yang Farah and Atiqah bawak. Kek tu serious sedap giler. #korang boleh masuk Masterchef ni. Lepas makan makan, kitorang ada buat sesi fotografi. HAHA, macam macam aksi budak budak ni buat. Tulah namanya   2 HISHAMUDIN (!) Korang korang, still remember this pic?


Semua ni tinggal kenangan. 2 Hishamudin in memories. Okaylah, nak share picture jelah. Tak mampu nak tulis pape lagi, kang banjir. HAHA, okay jom tengok gambar :)



-the sweet couple-


-i will miss this moment-

-the best class ever-

Actually ada banyak giler gambar lagi, but malas nak upload. Nantilah, insyaAllah kalau dah upload semua gambar kat fb, nanti aku tambah gambar lagi yea :) ni ada sikit gambar aku edit.




Hermm.. Rasanya sampai sini jelah. Nanti kalau ada gambar lagi, aku upload. Seriously, hati aku masih sebak sebab berpisah dengan 2 Hishamudin..


Kbai.

Muhd Fadlin

Wednesday, November 16, 2011

Cinta VS Suka


Heyo (!)
Tadi blogwalking kat blog akak Anna.
Then jumpa entri yang awesome ni, jadi, saya share ngan korang :)
Jadi, dah tahu tajuk? So, sendiri baca sendiri paham yer, enjoy your reading.


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.


Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita. Tetapi, jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan menngalami ini dalam hidup mereka. Source: Rileks.Info .
Kbai.

Muhd Fadlin

Monday, November 14, 2011

Contest Blog Simple But Awesome


Heyo :)
Hari ni join contest lagi :)
Hadiah dia menarik giler, kalau tak join rugiiiii :O
Klik banner untuk join yea kawan kawan ^^


Saya bukan tak nak tag, tapi malas , hehe.
lagipun tak wajib kan? :)
Hope menang, sebab hadiah lumayannn (!)
Kbai.

Muhd  Fadlin

Giveaway "7 Days"


Heyo.
Lepas dah umum contest, nak join GA :)
Klik banner untuk join yea .


Saya tag:
Sorry kalau ada sebarang kekurangan. Yang lain, sila lah join yer, hadiah lumayan :)
Kbai.

Muhd Fadlin

Pemenang Contest Blog Vintage Dan Special (!)


Heyo.
Setelah berkurun kurun korang menunggu keputusan dia, sekarang tibalah masa saya dan Farahin untuk umumkan pemenang :)
Diharapkan semua dapat menerima keputusan kami dengan hati yang terbuka.
Keputusan adalah muktamad, tiada rasuah or suap suap okay :)

Pemenang tempat pertama :


Pemenang tempat kedua:


Pemenang tempat ketiga:


Tahniah kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga :)
Sekarang untuk dua orang pemenang bertuah.

Pemenang bertuah: (menggunakan random.org)


dan


Tahniah kepada para pemenang (!)
Kepada yang tak menang, boleh cuba lagi yer, banyak lagi contest yang korang boleh join :)
kepada pemenang pemenang, sila PM kami di fb.
Search Muhd Fadlinn dan Farahin Abd Majid.
Kbai.

Muhd Fadlin

Sunday, November 13, 2011

Contest blog edited


Heyo. 
Tadi walking dekat blog Thessa :)
Dia ada buat contest. Jadi saya join untuk meriahkan lagi contest tu :D
Klik banner untuk join yer.


Contest ni lain daripada yang lain tau (!)
Nak tahu lain camne? Jomlah join :)

Hadiah hadiahnye:

  • Tempat pertama : Free skin form Thessa + f ull edited blog + header
  • Tempat kedua & ketiga : F ull edit blog + header (skin or denim)
  • Tempat ketiga & keempat : F ull edit blog (skin or denim)

Lumayan kan? Jadi jomlah join :)
Tarikh tutup : 25 Disember 2011 
Saya tag:
Kbai.

Muhd Fadlin

Ciri-ciri Perempuan Yang Lelaki Tak Suka.


Heyo.
Tadi skodeng skodeng blog Akak Lyssa, then terjumpa entri yang menarik giler awesome gorgeous ni.
Actually saja update cerita ni sebab kan dah lama tak update, jadi lepas je edit blog ni, terus nak update blog.
Jadi sebelum start, nak bagi kredit dulu dekat


Kita sedia maklum bahawa semua manusia ada kelemahan dan kelebihan masing masing. Tapi, kita juga perlu tahu yang setiap kelemahan tu, pasti boleh diubah.
Tapi untuk entri kali ni, saya cuma akan senarai dan terangkan sikit tentang ciri ciri perempuan yang lelaki tak suka. Kalau ada yang terasa or what, minta maaf lah yer. Tak bermaksud pape pun tau.


Tak Pernah Puas Hati
Memang aku mengaku. Lelaki pun ada gak perangai macam ni kann? Tetapi, kalau kita perhatikan, perempuan yang ada sifat ni lebih sikit dari lelaki. Ini kutukan kenyataan (!) Wanita dikatakan tidak mampu menahan daripada sesuatu yang sempurna. Mereka akan merayu rayu untuk mendapatkan sesuatu yang mampu membuat dia sempurna.

Mata Duitan
Tak semua wanita ada perangai camni kan? saya paham :D saya perempuan ke? Namun, masih ada juga perempuan yang MATA DUITAN. Ish ish ish.. Kalau saya, memang menyampah sangat sangat ngan perempuan camni. Daoat campak longkang jer, brutal betul saya :D 

Suka MENGONGKONG
Hah, tahu ke apa tu mengongkong or kongkong? Bagi yang tak tahu, mengongkong atau kongkong bermaksud terlalu mengawal atau mengatur sesuatu. Yelah, setiap wanita mengharap kehadiran Prince Charming dalam hidup mereka kan? TAPI, kalau impian dia tak kesampaian, dorang mulalah kingkong kongkong teman lelaki dia supaya betul betul jadi lelaki idaman dia. HAHA, ini pun perempuan yang saya tak suka. Kita boleh menegur orang, tapi janganlah melampau sangat.

Cemburu (!)
Kononya, cemburu ertinya cinta. Euww, tolonglah. Saya yakin sangat, semua perempuan ada perasaan cemburu ni kan? Tapi ramai perempuan yang cemburu TERLAMPAU sangat sampai jadi CEMBURU BUTA. HAHA, nsaib korang cemburu buta, tak buta. Perasaan ini timbul kerana wanita merasakan telah menyerahkan dirinya kepada lelaki, sehingga dia pun ingin lelaki menyerah diri kepadanya. Paham tak? Tak? Saya pun tak paham =='

Emo!
Siapa yang tak pernah nak emo kan? Bukannya korang tak boleh emo, tapi tak yah lah melampau sangat. Kalau korang dah terlebih emo, nanti korang dah tak boleh berfikir secara logik apabila mahu membuat keputusan. Fakta mengatakan, wanita lagi cepat marah jika dibandingkan lelaki. Hoho, maknanya lelaki ni penyabar tau :)



Hah, dah habis :D
Jadi, kesimpulan yang dapat kita buat berdasarkan entri ini, orang perempuan ada banyak benda yang perlu dijaga dan dikawal.
Sekiranya kita bersabar, insyaAllah kita akan dapat membuang semua sifat sifat buruk yang kita ada.
Jadi sampai sini je entri untuk hari ini.
Kbai.


Kepada semua peserta contest, keputusan telah dibuat. Tinggal nak post keputusan jer ni. Sabar kayy :)

Muhd Fadlin 

Friday, November 11, 2011

Contest: Blog Ter-Comel


Heyo.
Hari ni join contest, ditag oleh Farahin :)
Klik this banner kalau nak join yer.


Hadiah lumayaannn :)
Jom join ramai ramai.
Saya tag :
Kbai.

Muhd Fadlin

11.11.11: Giveaway Untuk Blogger


Heyo.
Tadi pergi dekat blog Cik Bunny. Tengok tengok dia ada buat GA :)
Nak join nak joinn.


Tarikh tutup? tak tahu lah -.- 
join jer , hadiah dia mesti awesome tuu ;)
Kbai.

Muhd Fadlin

Wednesday, November 09, 2011

Tutorial : Greeting Text setiap post


Heyo.
Tutorial ini direquest oleh blogger ini :)
Dia tanya macam mana nak letak assalamualaikum setiap post tu :D

CARA PERTAMA
  • Dashboard > Settings > Formatting > Post Template.
  • Copy kod dibawah ni [ctrl + c]
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><img src="URL IMAGE" border="0" alt=""></div>


  • URL IMAGE tu tukarkan dengan url omage yang korang nak yer. 

CARA KEDUA 

  • Dashboard > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates
  • Tekan Ctrl F , dan cari kod ni.
<data:post.body/>


  • Then, copy kod di bawah ni, paste di sebelah kiri/sebelum kod tadi tu. 
<div align='center'><a href='' target='_blank'><img src='URL IMAGE' style='border: 0 !important; background: transparent;'/></a></div>


  • URL IMAGE boleh tukar dengan gambar favourite korang tu. Then,  SAVE TEMPLATE

FREEBIES 

http://i1223.photobucket.com/albums/dd505/MrSpongebob183/fadlin44.png


http://i1223.photobucket.com/albums/dd505/MrSpongebob183/fadlin33.png


http://i1223.photobucket.com/albums/dd505/MrSpongebob183/fadlin11.png


http://i1223.photobucket.com/albums/dd505/MrSpongebob183/fadlin22.png

Sorry kalau buruk eh ;)
Kalau nak ambik, nak kredit boleh, x nak pun x pe :)
Kbai.

Muhd Fadlin