Wednesday, November 14, 2012

Three Words.



Assalamualaikum.

So today i'm going to share heart-touching story gitu, haha from blog Akak Liyana :) Baca jangan tak baca.

Awaklah yang terbaik untuk saya. Orang yang paling penting dalam hidup saya dan orang yang paling saya hargai. Tapi bagi awak siapalah saya..

Saya : awak.. jom tengok movie? citer nurkasih. nak?
Awak : sorry, saya tak bolehlah..
Saya : why? awak nak study eh kat rumah?
Awak : em, taklah..
Saya : so kenapa tak boleh?
Awak : saya nak pergi jumpe kawan.

Awak selalu macam ni bila jumpa saya. Kadang kadang tu awak selambe je tegur tegur perempuan lain depan saya. Bagi awak, saya macam girlfriend awak yang ke-101.. Tiga patah perkataan tu tak pernah keluar dari mulut awak, sejak hari pertama kita bertemu sampai hari ke-100 dan ke-200 dan.. sampailah sekarang. Cuma saya yang terhegeh hegeh kat awak.

Setiap hari sebelum awak cakap 'goodbye', awak akan beri saya satu teddy bear and awak tak pernah miss buat macam tu. Saya sendiri tak tau kenapa..

Saya : emm.. awak?
Awak : ye? kenape? jangan segan.. cakap jelah.
Saya : saya sayang awak..
Awak : ha? em.. amek la patung ni.. baliklah rumah.

Macam tulah awak ignore tiga perkataan yang saya ucapkan.. and bagi saya patung patung tu. Saya pulak akan balik rumah. Semua patung yang saya terima dari awak setiap hari, memenuhkan bilik saya. Terlalu banyak.

Tibanya birthday saya yang ke-15, saya gembira sangat and bercadang nak buat party sikit dengan awak. Saya tunggu awak call. Seharian saya tak keluar bilik. But.. lunch dah lepas, dinner pun dah lepas.. Langit pulak semakin gelap dan malam pun muncul. Awak still tak call saya. Saya tension nak tengok phone saya. Betapa sedih dan kecewanya saya.. Then, dalam pukul 2 pagi, awak call saya and saya terjaga dari tidur. Awak suruh saya keluar kejap. Time tu saya excited gila..

Saya : ermmm..
Awak : nah amek ni.. *awak bagi saya patung lagi..*
Saya : ape ni?
Awak : semalam saya lupa nak bagi awak.. so saya bagi awak sekarang. saya balik dulu ye? bye..
Saya : tunggu dulu.. awak tau tak hari ni hari ape?
Awak : isnin.. kenapa?

Hati saya tersentak.. Saya fikir awak akan ingat birthday saya. Then awak terus balik.. macam takde pape yang berlaku. Sebelum awak pergi jauh saya berteriak "Awak tunggu!"..

Awak : awak ada pape lagi nak cakap?
Saya : tolonglah bagitau saya... bagitau saya awak sayang saya.. please..
Awak : kenapa dengan awak ni?
Saya : tolong bagitau saya please.. cuma tiga perkataan.
Awak : saya takkan sebut sesuatu yang menunjukkan saya ni mudah cintakan seseorang.. kalau awak nak sangat dengar tiga perkataan tu, pergilah cari orang lain.

Macam tulah yang awak cakapkan.. then awak balik rumah. Kaki saya jadi lemah dan saya jatuh melutut.. Kenapa awak sanggup.. emm.. dah lah, maybe awak bukan lelaki yang terbaik untuk saya. Bila saya balik rumah.. saya mengurung diri dalam bilik dan hanya menangis.. Awak takde pun call saya untuk pujuk saya. Awak terus bagi saya patung patung tu setiap pagi. Macam biase. Macam tu la bilangan patung patung tu bertambah dalam bilik saya.

Sebulan pun berlalu, saya pergi sekolah sorang sorang. Tapi awak dah buat kesakitan dalam hati saya ni datang balik bila saya nampak awak kat tepi jalan.. dengan.. perempuan lain. Saya nampak awak tersenyum, senyuman yang awak tak pernah tunjuk kat saya.. Saya berlari lari balik ke rumah.. dan tengok patung patung yang awak bagi saya. Kenapa awak bagi saya semua tu? Patung patung ni sepatutnya awak bagi kat perempuan tu.. Dengan marah, saya baling semua patung yang awak kasi tu. Habis bersepah bilik saya. Tiba tiba, phone saya berbunyi.. awak yang call. Awak suruh saya keluar gi bus stop, tempat saya nampak awak tadi. Saya cuba tenangkan diri dan berjalan keluar dari rumah ke bus stop. Saya tekad nak lupakan awak.. semuanya akan berakhir lepas je saya jumpe awak. Awak datang dengan teddy bear besar sangat.

Awak : awak datang? saya fikir awak tengah sedih..

Saya tak boleh stop membenci awak tapi saya berpura pura macam takde pape yang berlaku. Then, awak bagi saya teddy bear lagi, macam biase...

Saya : saya tak perlukan benda ni lagi! 
Awak : ape?.. kenape..?

Saya ambil teddy bear tu dari tangan awak and baling ke tengah jalan..

Saya : saya tak perlukan benda ni lagi! saya tak perlukan benda ni lagi!! saya tak nak jumpa orang macam awak ni lagi!!

Tak macam hari hari lain.. saya nampak mata awak berair..

Awak : saya mintak maaf.. 

Awak bersuara dalam keadaan sayu.. Then awak pergi ke jalan raya untuk kutip teddy bear yang saya dah buang tu..

Saya : awak ni bodohlah! Biarkan jelah benda tu kat situ! buang!

Awak tak pedulikan saya.. awak berdegil untuk kutip teddy bear tu. Tiba tiba.. Honk! Honk! Dengan bunyi Honk! yang kuat.. sebuah lori datang....

Saya : awak! tepi tepi!! *saya menjerit sekuat hati saya..

Awak bangun.. dan pandang ke arah saya dengan wajah yang sedih.. dan.. BOOOM! bunyi tu membuatkan telinga saya.. sakit! hati saya.. hancur! Saya menjerit.. dan menangis. Saya tak dapat tahan air mata saya. Tapi.. takde ape yang boleh saya buat untuk bawak awak kembali.. Saya terlalu berharap saya dapat tarik balik perkataan yang saya ucapkan tadi.. malangnya tak boleh. Macam tulah awak tinggalkan saya.. awak tinggalkan saya untuk selama lamanya..

Saya teruskan hidup saya tanpa awak.. dengan kesedihan yang tak dapat saya lupakan. Selepas dua bulan saya hidup macam orang gila.. saya tengok balik semua patung patung yang awak bagi. Cuma tu je pemberian awak yang tinggal. Setiap satu patung buat saya ingat hari hari yang saya lalui bersama dengan awak. Saya mengira berapa hari saya luangkan masa dengan awak.. "satu.... dua.... tiga...." macam tu lah saya kira patung patung tu.. "... empat ratus lapan puluh lima.." kesemuanya 485 patung dan 485 hari saya luangkan masa dengan awak.

Saya mula menangis... sambil memeluk teddy bear yang awak kasi tu. tiba tiba.. "saya sayang awak~ saya sayang awak~" Saya baling teddy bear tu, sebab terperanjat. "sa.. sayang ... saya?" saya picit teddy bear tu and dia berbunyi "saya sayang awak~ saya sayang awak~". Tak mungkin! Saya picit kesemua teddy bear yang awak kasi.. dan berbunyi..,

" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "
" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "
" saya sayang awak~ saya sayang awak~ "

Tiga perkataan tu keluar tanpa henti. saya, sayang, awak. Sekarang baru saya sedar, yang sebenarnya.. hati awak sentiasa ada bersama saya.. sentiasa melindungi saya.. Kenapalah selama ni saya tak sedar yang awak sayang saya seperti mana saya sayangkan awak.. Saya picit kesemua teddy bear sehingga yang akhir, tu teddy bear yang last awak kasi. Tulah teddy bear yang saya baling ke jalan raya.. Dia penuh dengan darah awak. Saya picit dia.. terdengar suara yang saya rindu keluar dari situ..

"awak tau tak hari ni hari ape? kita dah menyayangi antara satu sama lain selama 485 hari.. Saya tak boleh ucapkan tiga perkataan tu sebab saya malu dengan awak.. kalau awak maafkan saya dan ambil teddy bear ni, saya akan ucapkan tiga perkataan tu setiap hari.. sehingga saya tiada lagi dalam dunia ni. awak... saya sayang awak! "


Hati saya sebak. Air mata mengalir.. "Ya Allah, kenapa? kenapa? kenapa baru sekarang aku tahu semua ni..?" awak tak dapat kekal lama di sisi saya.. tapi.. awak dah menyayangi saya sepanjang hayat awak.. saya pun sayang awak.

485 teddy bear? Banyak tu.. Haha anyway, moral of the story, sometimes orang tak tunjuk yang dia sayang kita. Tak semua lelaki jahat. Kalau lelaki pemalu camtu, memang dia takkan tunjuk sayang dia, tapi percayalah, dalam hati dia sayang sangat. And pengajaran seterusnya, hargailah orang yang korang sayang, orang yang selalu ada untuk korang, selagi dia masih hidup. Bila dia dah takde, takde sape nak selalu ada kat sisi korang dah. Kadang-kadang orang buat baik, kita memang tak nampak. Tapi tulah manusia kan? Nobody's perfect. Appreciate lah orang sekeliling kita. Hmmm..

7 comments:

Nurul Nurfarahin said...

sedih giler story nie :'( huhu~

Nurul Nurfarahin said...

btw nak share boleh x? :)

Muhd Fadlin said...

Nurul Nurfarahin: Haa share je, dipersilakan :)

Farhana Azlan said...

Gila sedih citer ni. :'3

Nurulee said...

:/

A-Jazz said...

Sumpah sedih u___u Saya share yee ^^

lIsSa ShOrT said...

wahh ! k memang minat story macam ni :') but memang sedih gile k .. um btw nak share !