Sunday, August 05, 2012

Perlu Ke Bayar Untuk Masuk Tandas?


By entayy

Assalamualaikum.

Suatu hari, Ibrahim Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Pakcik, bayarlah dulu kalau nak masuk.

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun berlinangan keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Pakcik, kalau pakcik tak ada duit nak bayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis sebab ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Anak muda, pakcik menangis bukan sebab pakcik takde duit tetapi pakcik terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk masuk, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus pakcik sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Sekarang kita bersama-sama renungkan, tandas awam yang dekat tepi jalan yang dah tersumbat tu, yang lantainya kotor, pintu berlubang, lubang jamban penuh sisa najis orang lain, tapi bila nak masuk bayar 20 sen? Bukan setakat 20 sen, dekat KL tu kena bayar 50 sen pulak! Tetapi, dekat syurga yang penuh sempurna itu kita masuk dengan percuma je. Renung-renungkan..

p/s: A big credit to blogger famous yang baru 12 tahun, Faqihah Husni.

No comments: