Tuesday, January 24, 2012

Siapa Pemalu? Cuba Ini.



Assalamualaikum and Heyo.
Tadi jumpe entri ni dekat blog akak Yana. Jadi, rasanya tak salah saya re-post balik kan?
Nak share share ngan korang jugakk :) Here we go.


Kalau korang tersepak batu :
Jangan terus bangun, tapi korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai, lepas tu baru bangun bila dah takde orang nampak.


Kalau terjatuh basikal :
Cepat cepat naik basikal tu, pastu jatuh lagi, naik basikal tu, jatuh lagi. HAHA, nanti orang akan ingat yang korang buat lawak XD


Kalau terjatuh tangga :
Korang terus je bersilat bagai, buat macam korang kena rasuk atau tengah berlawan ngan makhkuk halus.


Kalau terjatuh dalam longkang :
 Korang pungut sampah dekat dalam longkang tu, sambil marah kuat kuat. Nanti orang lain mesti ingat korang ni prihatin terhadap kebersihan.


Kalau terjatuh masa nak naik bas :
 Korang jerit je kuat kuat "WOII, apa main tolak tolak ni??!" walaupun takde orang dekat belakang korang =='


Kalau terjatuh di depan bus stop :
Korang terus buat buat pengsan dekat bus stop tu sampai ada orang datang tolong. Kalau takde jugak orang nak tolong, baringlah sampai malam. Bila dah malam, baru bangun x)


Kalau jatuh tergelincir dekat lantai licin :
Korang tarik sesape kawan atau sesape yang berdekatan anda untuk jatuh sekali bersama sama anda, nanti takdelah korang sorang je malu.


HAHA, okay amacam? Okey?
Act, post ni saje je nak buat korang gelak. Yelah, tak baik tension tension time cuti ni kann?
Kbai.

Gong Xi Fa Cai!

3 comments:

YaNa Yassin said...

Kan,.. boleh try kalau jadikat diri sendiri, hihihihi :))

Sabrina LV's Official said...

Hahaha xD Okay, nak cuba yang "kalau terjatuh di depan bus stop" tu :p

Muhd Fadlin said...

@YaNa Yassin: Hehe, betul betul betul! XD
Sabrina LV's Official: haha, cubelahh.. and good luck XD