Monday, January 30, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26



Assalamualaikum and Heyo.
Mesti ramai yang tengok AJL26 semalam kann? Sape tak tengok memang rugi besar tuu :D
So semalam, AJL26 bersiaran secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Guess what? Tema dia AIR. Oh ya, pengacaranya tak lain tak bukan FBI and Cheryl. Memang awesome sesangat!

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-26.

1. Juara AJL 26 
Awan Nano - Hafiz. Membawa pulang sebanyak RM35000

2. Naib Juara AJL 26
Beribu Sesalan - Tiga Suara. Membawa pulang sebanyak RM15000

3. Tempat ketiga AJL 26
Karma - Faizal Tahir. Membawa pulang sebanyak RM12000

4. Persembahan Terbaik AJL 26
Kisah Hati - Alyah. Membawa pulang sebanyak RM10000

5. Vokal Terbaik AJL 26
Awan Nano - Hafiz. Membawa pulang sebanyak RM10000

Hehe, so tahniah kepada semua pemenang. Sekarang, jom tengok senarai peserta peserta Anugerah Juara Lagu ke-26. Nampaknya, semua peserta hebat hebat belaka!

Senarai Peserta Anugerah Juara Lagu ke-26.

1. Cinta Muka Buku - Najwa Latif
2. Kalau Berpacaran - Suhaimi, Ana Raffali dan Ultimet.
3. Karma - Faizal Tahir
4. Penakut - Yuna
5. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol.
6. Awan Nano - Hafiz.
7. Beribu Sesalan - Tiga Suara
8. Gadis Semasa - Yuna
9. Sungai Lui - Aizat
10. Kisah Hati - Alyah
11. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
12. Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque.

Juri telah pun menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Dan keputusan telahpun dikeluarkan. Jadi, segala keputusan adalah muktamad. Memang meriah AJL26 semalam, macam macam persembahan ada. HAHA, tergelak jugak tengok sorang artis ni wat persembahan XD 
Kbai.

Always support Najwa Latif ♥

Saturday, January 28, 2012

Tutorial : Letak Cute MP3 Dalam Blog



Assalamualaikum and Heyo.
Okay, cuba tengok gambar ni :


Comel je kan? Kalau nak buat jugak, follow this step..

1) Click this WEBSITE.
2) And then, korang klik dekat PLAYERS. Lepas tu, pilih lah, sama ada korang nak pilih jenis Mini or Normal or Maxi. Kalau Multi dengan JS tu tak digalakkan sebab tak sesuai kot.
3) Korang tak tahu rupe Mini, Normal dengan Maxi tu? Okay, meh den tunjukkan.

Ini player jenis MINI.

Ini player jenis NORMAL.

Ini jenis MAXI.

4) Dah tahu dah kan? Tapi ramai yang suka guna jenis Mini tu. So, korang pilihlah jenis mana korang nak. Next, tengok gambar ni, kalau tengok gambar baru paham kan? ;)



Kalau nak pilih kod warna tu, klik SINI. Lepas dah edit color, dekat bahagiam CATEGORY tu, select GENERAL balik tau.


Okay, now korang mesti kena pilih lagu kan? Lagu korang pilih dekat SINI. Then, korang type lagu favourite korang tu dekat bahagian SEARCH. Tak semua lagu ada kat sini, tapi cube cube jelah pilih ;)


Nanti akan keluar page macam ni kan? Klik dekat tajuk lagu tu tau, bukan dekat gambar ke or nama penyanyi.


Okay, lepas dah copy link tu, pergi pulak dekat bahagian MP3 tadi.


Link yang korang dah copy tu, paste dekat tempat mp3. Lepas dah paste, copy kod HTML tu, and pastekan dekat blog korang. Hehe, dah siap x)

Cara nak letak kod untuk Template Designer.
Dashboard > Design > Add  A Gadget > Pilih HTML/JavaScript . Then pastelah code tu. 

 Cara nak letak lod untuk Blogskin.
Dashboard > Template > Edit HTML . Korang paste dekat tempat yang sesuai. Paling sesuai dekat sidebar or atas shoutbox :)
Fuhh, lega dah ajar pasal MP3 player yang ini x)
Kalau ada yang confuse ke, or tak jadi ke, hire me at Facebook or Twitter or Shoutbox :)
Kbai.

Thursday, January 26, 2012

Skin Daripada Nurin Asyada ;)



Assalamualaikum and Heyo.
Korang tengok blog saya, bertukar dah kann? Template ni limited edition tau dari Nurin Asyada ;)
Korang carilah kat mana mana pun, tak jumpe de. LoL XD

Sebenarnya, haritu ada join GA yang Nurin buat. Then bila tahu Nurin buat, of courselah saya join. Yelah sebab time tu hadiah dia pun lumayan. Peerghh, memang rugi sape tak join :D
Tapi GA tu tak lama sebab Nurin ada masalah internet. So, GA berlangsung dalam 3 hari kot tak silap. Walaupun 3 hari, ramai jugak tau yang join ;)

Sekali terbaca entri INI kat blog dia ;)
Lepas dah baca tu, HAHA, tersenyum lebar den! Terus on FB and cepat cepat message dia. Excited tahap gaban dah time tu x)

Jadi dalam entri ni, saya nak berterima kasih atas skin yang comel ni. Walaupun susah nak edit ==' tapi saya suka sangaattt :) Mungkin saya edit lagi buruk dari yang asal, saya minta maaf ;(

Kepada korang semua, kalau nak preview asal template ni macam mana, klik SINI
And please click SINI boleh? HAHA :D
Kbai.

TERIMA KASIH NURIN ASYADA.


Wednesday, January 25, 2012

Tutorial : Buang Word Verification



Assalamualaikum and Heyo.
Memang tutorial ni takde sape request, but semua blogger wajib buat kot. Sebab benda ni annoying giler. Korang tahu ke tak ape 'word verification' tu ape? Tengok gambar ni :


Sekarang dah tahu kann? Kadang kadang, kalau kita nak komen tu, mesti benda ni keluar kan?
Jadi, korang kenalah remove benda ni. Cara dia senang jer punn ;)

  • Dashboard > Settings > Comments
  • Search this : " Show word verification for comments? "
  • Lepas tu, korang terus select No.
  • Lepas tu, tekan  SAVE SETTINGS  !

There, senang kann? So, lepas ni, lagi ramailah yang nak komen entri korang. 
Kbai.

Yeayy, menang contest lagii ;) happy happy!

Tuesday, January 24, 2012

Siapa Pemalu? Cuba Ini.



Assalamualaikum and Heyo.
Tadi jumpe entri ni dekat blog akak Yana. Jadi, rasanya tak salah saya re-post balik kan?
Nak share share ngan korang jugakk :) Here we go.


Kalau korang tersepak batu :
Jangan terus bangun, tapi korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai, lepas tu baru bangun bila dah takde orang nampak.


Kalau terjatuh basikal :
Cepat cepat naik basikal tu, pastu jatuh lagi, naik basikal tu, jatuh lagi. HAHA, nanti orang akan ingat yang korang buat lawak XD


Kalau terjatuh tangga :
Korang terus je bersilat bagai, buat macam korang kena rasuk atau tengah berlawan ngan makhkuk halus.


Kalau terjatuh dalam longkang :
 Korang pungut sampah dekat dalam longkang tu, sambil marah kuat kuat. Nanti orang lain mesti ingat korang ni prihatin terhadap kebersihan.


Kalau terjatuh masa nak naik bas :
 Korang jerit je kuat kuat "WOII, apa main tolak tolak ni??!" walaupun takde orang dekat belakang korang =='


Kalau terjatuh di depan bus stop :
Korang terus buat buat pengsan dekat bus stop tu sampai ada orang datang tolong. Kalau takde jugak orang nak tolong, baringlah sampai malam. Bila dah malam, baru bangun x)


Kalau jatuh tergelincir dekat lantai licin :
Korang tarik sesape kawan atau sesape yang berdekatan anda untuk jatuh sekali bersama sama anda, nanti takdelah korang sorang je malu.


HAHA, okay amacam? Okey?
Act, post ni saje je nak buat korang gelak. Yelah, tak baik tension tension time cuti ni kann?
Kbai.

Gong Xi Fa Cai!

Monday, January 23, 2012

Giveaway For Chinese New Year By Nurin Asyada


*klik banner untuk join*

Assalamualaikum and Heyo.
Dah lama rasanya tak join GA ni. So, hari ni nak join GA yang dianjurkan oleh Nurin dan Nurin XD
Adik beradik buat GA, ohsem! Okay, ni syarat syaratnye :

Syarat-syarat:

  • Terbuka kepada semua blogger lelaki dan perempuan yang berwarganegara Malaysia.
  • Follow blog Nurin dan Kiki supaya senang tahu pasal GA ni. 
  • Like page Nurin Asyada's Blog dekat fesbuk. 
  • Buat satu entry bertajuk "Giveaway For Chinese New Year By Nurin Asyada" dan tepekkan banner dalam entri tu.
  • Tag sekurang kurangnye 3 orang blogger dan pastikan mereka tahu.

Semua syarat syarat dah saya buat, dah follow dah like and dah buat entri.
Sekarang nak tag. You're the lucky one :


Rasanya tu saje kann? Kalau ada pape yang kurang, bagitahu leww :D
Kbai.

Happy Chinese New Year!

Sunday, January 15, 2012

Kawan : Penentu Siapa Diri Kita!



Assalamualaikum and Heyo.
Last update ialah pada 4 Januari 2012, masa first day sekolah. HAHA, maknanya dah 2 minggu tak hupdate dah. Okay, hari ni nak share sikit tentang Kawan. Semua orang ada kawan kann? :) 
Sebelum tu, entri ni saya kreditkan entri ni kepada AKAK ATIKA AULA :)

"Berkawan biar seribu, berkasih biar satu."

Semua setuju kan yang pepatah tu memang selalu kita dengar kan. Dan mungkin hampir basi di telinga kita. Namun, benar kata pepatah tu. Kawan tu biar ramai, tapi kekasih biar satu je. Betul kan? Tapi BFF or kawan rapat tu biar dalam bilangan yang sikit saja. Mungkin dalam 4 or 5 orang. Lagi bagus kalau seorang atau dua sahaja. Mungkinlah. Sebab secara fitrah, kita memang tak boleh hidup sorang sorang. Mesti nak berkawan. Tapi, sejauh mana kawan tersebut dapat mempengaruhi kita?

Pengaruh kawan sangat besar dalam diri dan hidup setiap orang, malah ada yang lagi rapat dengan kawan kawan berbanding ibu bapa dan keluarga sendiri. Betul tak? HAHA, saya pun macam tu jugak. Kadang kadang tu, kita lagi senang dengar cakap kawan daripada cakap ibu bapa kan? Pengaruh kawan ni sangatlah besar kan? Hehe, susah nak lupakan kawan rapat ni.


Pernah tak dengar orang cakap, "kalau nak tahu perangai seseorang tu macam mana, tengok dengan siapa dia berkawan". Mesti pernah kann? Kalau berkawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik. Kalau berkawan dengan orang yang jahat, kemungkinan kita akan jadi jahat melainkan kita berkawan dengan mereka dengan niat nak bimbing mereka ke jalan yang betul. Hadith riwayat Bukhari yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Oleh itu, kalau nak jadi baik, kita kenalah berkawan dengan orang yang baik sebab kita mesti akan cenderung dan terikut dengan tingkah laku dan amalan baik mereka. Perkara yang sebaliknya pula akan berlaku kalau kita berkawan dengan orang yang jahat.

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


  

Kawan yang baik itu adalah kawan yang mampu menegur kita dengan cara yang berhikmah terutamanya bila kita melakukan kesilapan mampu untuk membuat diri kita gembira dan berkongsi masalah yang ada, mampu menolong dan tidak berkira, dan banyak lagi ciri-ciri kawan yang baik. InsyaAllah ada masa nanti saya share ciri ciri kawan yang baik ea :)


P/S: Jangan jadi macam gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut pulak :)

Wednesday, January 04, 2012

Personaliti Melalui Buah



Assaalamualaikum and Heyo.
Setelah seminggu private blog, and tak update langsung, finally update jugak. HAHA, banyak yang nak citer ni, tapi malas nak citer, lain kali jelah.

Hoho, baca topik tu? Okay, melalui buah pun, korang boleh tahu personaliti masing masing tau. Tapi, kesahihan benda ni, tak pasti lah betul ke tak, korang baca dan nilai sendiri ;)
Check it outt.

Buah Jenis Tembikai
Tembikai dan tembikai susu. Mereka tergolong dalam golongan murah hati dan gemar memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi mereka, wujudnya kepuasan setelah membantu orang lain. Mereka berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang mereka ingin tanam di sekeliling rumah mereka. Mereka memiliki ramai teman rapat. This is because, mereka memiliki keperibadian yang romantik. Mereka berusaha gigih mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Tembikai melambangkan diri mereka sebagai individu yang berhati-hati.

Buah Jenis Buah-buahan Tropika
Pisang, belimbing, betik, jambu dan nanas. Mereka sukakan pengalaman pengalaman baru. Mereka gemar mencuba pelbagai jenis buah buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang mungkin. Orang di sekeliling mereka selalu menghadapi masalah dengan mereka kerana cara hidup mereka yang terlalu aktif. Mereka tidak sukakan sesuatu yang melibatkan gangguan emosi. Kebiasaannya pasangan mereka terdiri daripada individu yang tenang berbanding mereka dan sewajarnya si dia menerima mereka seadanya. Mereka gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab. Teman-teman beranggapan diri mereka sudah didekati dan suka berseronok. Hakikatnya, mereka ada pendirian yang tersendiri. Mereka tidak suka menunjukkan perasaan sedih kepada orang sekeliling.

Buah Jenis Buah Ladang
Epal, lai, pear dan lain-lain. Perkara utama bagi mereka adalah kekuatan. Mereka bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling mereka. Ini kerana mereka bijak membebaskan diri daripada tekanan hidup dan tak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian mereka. Mereka juga lebih cenderung berdikari. Mereka tidak bergantung harap kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan mereka berpengetahuan luas dan itu adalah hakikatnya. Mereka gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi mereka dalam setiap perkara yang dilakukan.

Buah Jenis Limau
Buah oren, limau nipis dan limau bali. Penggemar buah jenis limau dikatakan cenderung kepada warna-warna cerah dan suka akan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan mereka gemar merujuk akan perkara ataupun masalah kepada mereka. Ini kerana mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan mereka yakin dengan nasihat dan pandangan mereka. Orang luar sukar menilai dan mengenal diri mereka yang sebenar. Mungkin dapat mengenali mereka dengan lebih rapat, namun memakan masa yang lama. Kadangkala mereka hanya memperuntukkan masa yang singkat untuk bersendiri. Mereka gemar berehat dan bersendiri hanya bagi tempoh seketika. Rakan-rakan mereka akan berasa senang dan tenang apabila meluangkan masa bersama mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik-baik mungkin dengan melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. 

Buah Jenis Kekacang
Kacang tanah, walnut, gajus, hazel dan lain-lain. Mereka ini jenis 'moody'! Kadangkala 'mood' mereka berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri mereka. Sekiranya mereka yakin mereka di pihak yang benar, mereka pasti berdegil dengan pendirian mereka itu. Orang yang berada di sekeliling mereka juga sentiasa bersikap berhati-hati kerana kedegilan mereka itu. Dalam percintaan, mereka adalah individu yang setia. Mereka sanggup mengetepikan teman-teman hanya kerana mahu meluangkan masa bersama kekasih hati. Bagi mengenali mereka, individu ituperlu memperuntukkan waktu yang lama bagi memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.

Buah Jenis Beri
Anggur, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi dan lain-lain beri. Mereka gemarkan 'party' dan keseronokan. Mereka suka menggembirakan orang lain. Mereka juga mudah mendapat teman baru kerana mereka peramah. Mereka akan berusaha melakukan apa sahaja bagi menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang pelik. Mereka mempunyai cita rasa unik hinggakan makanan-makanan yang berperisa lain daripada yang lain. Personaliti mereka sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri. Walaubagaimanapun, keseluruhan personaliti mereka itu saling berkait rapat dan sekaligus menonjolkan diri mereka yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri.

Okay, dah baca dah? Korang punya yang mana? Haa, baca dan nilai sendiri :)
Saya suka kacang tanah ngan anggur. Tapi yang pasal jenis kekacang tu, saya tak baper nak setuju sangat kot. HAHA :P Kalau yang buah jenis beri tu, sangaaatttlah setuju. LOL. 
Kbai.

A big credits to : >>>FARAHIN<<<