Friday, April 25, 2014

Coretan Kucalit


Assalamualaikum.
Sewaktu aku tulis coretan ini, niat dalam hati ingin guna bahasa yang agak baku (hanyalah niat).
Rasanya ini catatan pertama aku taip untuk tahun 2014 yang serba 'indah' ni. Maklum jelah, tahun sibuk lah katakan. Tahun SPM. Perlu tabah, kental, kuat dan berani untuk berdiri sendiri sepanjang tahun yang penuh dengan lautan bisa angkara orang menjirus tuba, yelah orang dengki kita tak tahu kan? Lainlah kita ataupun engkau ada deria keenam yang boleh baca fikiran orang. Ibaratkan seekor ikan, merenangi samudera semata-mata mencari jalan bahagia, tetapi suatu ketika, ada insan yang mengganggu perjalanannya. Apa yang menjadi penghalangnya? Umpan. Apa kaitannya dengan deria keenam yang boleh baca fikiran orang? Kalaulah ikan tu dapat tahu yang akan ada bala yang mendatang, dia mesti takkan ikut jalan yang dia telah lalui, betul? Samalah dengan kita. Kita kena ingat, bila bila sahaja kita boleh kecundang dek kerana leka dengan wawasan atau khayalan optimistik sesuatu agenda. Kadang-kadang menjadi pesimistik itu ada baiknya, jadi kita akan lebih berhati-hati. Kalau setakat engkau duduk berpeluk tubuh, melayari bahtera mimpi kau tu, minta maaflah cakap, tapi kalau macam tu perangai, tsunami yang datang untuk meranapkan armada kemegahan kau tu. Mengapa emosi? Apa yang aku nak borak ni pasal konspirasi. Tapi bukanlah ada kaitan dengan politik memandangkan aku ni hanyalah seorang insan yang masih bawah 18 tahun yang belum matang dan kerdil di Bumi ini.


Tak guna kalau kita berusaha, berhempas pulas, mengerah keringat dalam masa yang lama, tapi akhirnya, dek kerana sikap insan yang dangkal fikiran dengan berkonspirasi, semuanya hancur. Kadang-kadang aku pelik, kenapa masih ada insan yang berfirkiran kolot yang sudah matang, tapi tak mampu fikirkan kesan masa panjang apabila dia lakukan sesuatu yang, bodoh. Kenapa? Bukanlah aku ni tak boleh nak jadi positif, masalahnya benda yang dah terang lagikan bersuluh, mengapa masih perlu mencari arang semasa kelam? Kebiasaannya, konspirasi berlaku ketika pertandingan-pertandingan juga. 
Dinda, kanda jual, mohon dibeli ya.

Menyemat ihsan dara bertamu
Punah kasih kurang mapan
Darjatnya insan kerana ilmu
Mengapa masih memberi suapan?

Ku kira ini jawabnya;

Gigih bersarang pohon di padang
Lalu terjeda terdengar rebana
Integriti kurang untung dipandang
Ilmu di dada tiada berguna

Eh engkau tahu tak, andailah untung kau pandang, atau dalam kata lain, kau pandang manfaat untuk diri kau je, kau dikira membunuh bakat orang yang perlu menyinar. Dek kerana puputan haloba kau tu, sinar yang sudah digilap yang sudah menyinar pun, jadi malap, kelam. Gara gara? Fikiran cetek engkau tu. Mungkin untung kau dapat dekat sini, tapi di Sana nanti, sendiri tanggung. Tiada siapa sanggup tolong kau dah.

Bukan tak hormat, cuma perkara-perkara sebegini mana boleh kita pandang enteng! Sampai bila kita nak biarkan sandiwara durjana ini berleluasa di Bumi yang asalnya aman ini? Kita semua sedia maklum, kita ada hak bersuara, betul? Tapi kenapa masih berpeluk tubuh? Sebab kurang keyakinan diri, sebab tiada siapa yang menyokong? Kenapa engkau nak harapkan sokongan orang je? Kalau kau yakin apa kau buat tu betul, then go on! jadi teruskan! Janganlah takut. Kalau tak sampai bila pertiwi yang kononnya kita cintai ini nak maju berkembang dengan lancar dan bersih? Apa guna kita lafaz "kesetiaan kepada raja dan negara" kalau kepercayaan dekat diri sendiri pun tiada? Kenapa kita senang nak percaya orang lain, tapi dengan kebolehan diri sendiri kita tak pernah percaya? Sebab kita 'manja'! Faham? Sebab kita selalu sahaja ingin 'disuap', selalu ingin benda tu datang sendiri bergolek dekat kita. Kalau macam ini perangai kita, diri sendiri pun susah nak maju. Kalau asyik rendah rendahkan diri je, bila diri awak tu nak berjaya? Boleh merendah diri, tapi beragaklah sikit.

Usahlah berduka, teman
semuanya sudah berlalu
setiap usaha itu
ada bayarannya
setiap bendera putih yang diterima
ada bendera curahan pelangi yang akan dikibar
kecundang di gelanggang ini
memberikan satu pengajaran buat kita
pengajaran yang orang lain tak dapat
kenangan yang dibina
akan kusemat
untuk menjadi sumber
kepada senyuman bermakna
sewaktu di persada kejayaan
suatu hari nanti
tiadakan terhapus memori ini
yang tercipta tanpa disedari
cerialah hadapi
hari hari yang penuh
dengan pancaroba
yang akan mendatang
teguh dan tabah itu perlu
sebagai perisai hidup
terima kasih

Kesian kepada beliau, keringat yang mengalir, masa yang dikorban, habis ranap begitu sahaja. Harapannya tinggi, namun dikecewakan. Berkecai rasanya. Tetapi senyuman masih diukir cermat supaya hati ini tidak akan gundah dan gelisah. Ilmunya melaut luasnya, dicurahkan setitis demi setitis sehingga terbentuk menjadi sebuah tasik yang jernih dan indah. Namun, kami menjadi inspirasi buatnya. Itu katanya.


 

Maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang coretan ini dibaca.
Hanyalah mainan emosi semua ini.
Sekian sahaja persinggahanku di sini. 
Akan kembali lagi.
Okbye.