Friday, August 10, 2012

Bila diri dinajiskan..



Assalamualaikum.

Dan bila, air mata gugur dalam diam.
Tika menangis tanpa bersebab yang jelas.
Bukan kerana diri manja dan mengada-ngada.
tapi rasa macam dah cukup untuk bertolenrasi.
terasa macam dah terlebih had.
nak marah tak boleh, nak berkata lagi la haram.
dan bila marah, aku hanya mampu diam; SEDIAMNYA.
dan lari jauh-jauh, berlagak semua tu kosong.
realitinya aku benci. bila menangis, sebab benda-benda kecik yang tak munasabah, dan sebab-sebab remeh temeh yang menyakitkan hati.

See that? Bila orang bagi 'najis' tu dekat kita, tak payahlah kita terima je. Kita biarkan je sampai dia telan balik 'najis' yang dia dah bagi dekat kita tu. Memang sakit. Tapi itulah dimaksudkan dengan "sabar itu separuh daripada iman".

Sunday, August 05, 2012

Perlu Ke Bayar Untuk Masuk Tandas?


By entayy

Assalamualaikum.

Suatu hari, Ibrahim Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Pakcik, bayarlah dulu kalau nak masuk.

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun berlinangan keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Pakcik, kalau pakcik tak ada duit nak bayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis sebab ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Anak muda, pakcik menangis bukan sebab pakcik takde duit tetapi pakcik terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk masuk, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus pakcik sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Sekarang kita bersama-sama renungkan, tandas awam yang dekat tepi jalan yang dah tersumbat tu, yang lantainya kotor, pintu berlubang, lubang jamban penuh sisa najis orang lain, tapi bila nak masuk bayar 20 sen? Bukan setakat 20 sen, dekat KL tu kena bayar 50 sen pulak! Tetapi, dekat syurga yang penuh sempurna itu kita masuk dengan percuma je. Renung-renungkan..

p/s: A big credit to blogger famous yang baru 12 tahun, Faqihah Husni.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433H.



Who else excited for Ramadhan? :D

Assalamualaikum and Anyeong!

Rasanya lama dah tak update blog ni. Berhabuk sikit. And this is just a short entry. Just want to wish SELAMAT BERPUASA untuk semua muslimin dan muslimah di seluruh dunia. And sempena bulan Ramadhan ni jugak, blog ni berubah dah. Sorry kalau ada cacat cela.

*klik untuk membesar*

Okay, rasanya takde apa apa lagi nak cakap, sebab takde idea dah nak cakap, jadi baik tak payah cakap. And again..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1433H!

Ingat, kita bersahur bukan kerana nak tahan lapar, tapi kerana Allah SWT..

Assalamualaikum, kbye.